fbpx

Rumah-Pesanan Seorang Ayah

  • 6 years ago
  • 2Minutes
  • 199Words
  • 365Views

“Anak-anakku…

Maafkan ayah sebab kita masih menyewa sampai sekarang.

30 tahun lepas ayah percaya kata-kata nasihat seorang tauke jubah bahawa harga rumah akan turun dari RM400,000 ke RM80,000

Masa tu ayah muda lagi. Baru-baru nak up.

Ayah sebenarnya dah mula buat simpanan. Tapi lepas dengar nasihat tu, ayah pun guna duit tu untuk berniaga. Sebab katanya berniaga lagi untung dari beli rumah.

Tahun 2018 ayah guna duit simpanan ayah untuk berniaga jubah. Tapi tak laku nampaknya.

Lalu ayah pun berhuhu sahaja sebab duit simpanan dah habis.

Jadi setiap tahun ayah hanya tengok iklan harga rumah dengan harapan harga rumah akan turun.

Sampailah sekarang sehingga umur ayah dah cecah 60 tahun, sampai umur kamu semua pun dah besar panjang.

Jadi, ayah nak nasihat kepada kamu semua, andainya suatu hari nanti ada seorang lelaki datang kepada kalian dan menasihati kalian agar jangan membeli rumah kerana harga rumah akan turun 30 tahun lagi, maka tolong tolong sikatkan rambutnya ke tepi kemas-kemas dan bisikkan ke telinganya “#nerakawang”.

– Pesan seorang ayah kepada anaknya di Wakanda pada tahun 2048.

P/S: Siapa yang baca tulisan ini, mari kita sama-sama berhuhu dengan komen “Huhu…” sebagai tanda solidariti terhadap Si Ayah dari Wakanda ini.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

Rumah-Pesanan Seorang Ayah

 

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Tahniah diucapkan buat rakan-rakan perunding INFAQ dari #TeamTakaful dan #TeamInvestment yang mendapat pencapaian terbaik…