fbpx

Rumah Tidak Mampu Milik Disebabkan Tangga Gaji Tidak Seiring

  • 4 years ago
  • 2Minutes
  • 276Words
  • 425Views

Harga rumah menjadi tidak mampu milik adalah disebabkan kenaikan pendapatan yang tidak seiring dengan inflasi dan kenaikan harga barang.

Kita ambil contoh kenaikan gaji permulaan seorang guru berkelulusan ijazah di sekolah kerajaan dan bandingkan dengan kenaikan harga rumah di Lembah Klang.

Gaji permulaan guru lepasan ijazah;

2019 – RM2,500
2009 – RM2,200
1999 – RM1,900
1989 – RM1,500

Bandingkan dengan harga rumah teres 2 tingkat di Lembah Klang;

2019 – RM600,000+
2009 – RM350,000+
1999 – RM180,000+
1989 – RM80,000+

Nampak tak bagaimana kenaikan tangga gaji dalam masa 30 tahun ini tak seiring kenaikan harga rumah.

Tangga gaji guru itu hanya sekadar contoh.

Beberapa hari lepas juga keluar berita muka depan tentang gaji jurutera di Malaysia yang statik sejak 30 tahun lepas.

Mungkin ada yang sangka harga rumah sahaja tidak mampu milik.

Sebenarnya harga barangan harian lain juga sebenarnya “tidak mampu milik” cuma ia tidak ketara sangat sebab harganya tidak setinggi rumah.

Tengok pula harga karipap;

2019 – RM0.40 – RM0.50
2009 – RM0.30
1999 – RM0.20
1989 – RM0.10

Harga karipap pun naik. Tapi gaji tak naik-naik.

Apa pilihan yang kita ada?

Tukar kerajaan? Dah buat.

Tak boleh mengharap kepada kerajaan. Apatah lagi nak mengharap kepada pemaju untuk turunkan harga rumah.

Nak tak nak, rakyat yang kena tanggung sendiri.

Boleh ikut kata bekas menteri kerajaan lama;

“Buat 2 kerja”.

Sebenarnya bukan harga rumah yang naik, tapi gaji yang tak naik-naik.

Rumah tak mampu milik adalah rumah mampu milik yang tersakiti.

Baca sampai habis? Minta tolong sikit;

1. Follow dan klik see first fb.com/afyan.ikhlas jika belum
2. Klik share posting ini
3. Jemput follow saya di beberapa media sosial lain;
– Telegram t.me/AfyanIFP
– YouTube.com/c/AfyanIFP
– Instagram.com/Afyan.IFP

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Dipetik dari FB Ahmad Mustapha PUSAKA | BENEFISIARI TIDAK DI…