fbpx

Sajak Sempena Hari Guru

  • 6 years ago
  • 1Minute
  • 194Words
  • 438Views

SAJAK SEMPENA HARI GURU

Jika hari ini seorang scammer mencari mangsa,
Jika hari ini seorang ostad berkoiah menjual rumah murah tak masuk akal,
Jika hari ini seorang Atok berlagak jual emas ETA,
Jika hari ini seorang Sheikh promote skim hotel Mekah,
Jika hari ini seorang PhD holder palsu promote skim kopi serangga dpt hibah bulan-bulan,
Jika hari ini seorang mangsa tersontot,
Jika hari ini seorang peminjam bank membuat personal loan sebab nak masuk skim too good to be true,
Jika hari ini seorang downline masuk skim hibah bulan-bulan,
Jika hari ini seorang pembeli rumah murah terpedaya,
Jika hari ini jual kopi pun boleh dibuat scam,
Jika hari ini seorang mahasiswa tersontot skim Apum Balik,

Jika hari ini sebuah skim cepat kaya tersontot di pintu shorga,
Jika hari ini semuanya tersontot secara berjemaah,
Jika hari ini mereka semua berbondong-bondong masuk ke #nerakawang

Itu semua salah gurukah?
Bukan,
Itu semua bukan salah guru yg mengajar tulis baca,
Itu semua salah diri sendiri sebab tak reti nak mengira,
Dah tersontot baru padan muka.

Tuan Garu Usman Afyang,
Tokoh Sasterawang Negara Wakanda

(Dipetik dan diolah kembali dari buku “Tersontot Di Pintu Shorga”)

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Alhamdulillah, Dato' Sri Anwar sudah dibebaskan oleh Tun Mahathir yang…