Sama Macam Jual Arak Kepada Orang Non-Muslim

Sedih juga melihat rakan-rakan seindustri takaful, masih lagi terlibat mempromosi insurans konvensional

Ada yang daripada group kompeni insurans dan takaful yang sama, contoh ABC Assurance dan ABC Takaful. Ada juga yang daripada kompeni takaful lain, kompeni insurans lain dalam ejensi yang sama, contoh ABC Takaful dan XYZ Assurance.

Jika yang mempromosi tu dari kalangan non-Muslim, saya tak terkejut sangat. Tapi ada orang Islam yang pakai kopiah dan ada yang berjanggut. Sunnah kopiah dan janggut tu bagus dah tapi kalau masih lagi mempromosi dan terlibat dalam insurans konvensional tu, tak tau nak kata apa dah.

Jika ia berlaku dalam proses transisi hijrah, kita boleh faham lagi. Tapi kalau dah bertahun-tahun ia masih lagi mempromosi insurans konvensional atas alasan darurat, dah tak kena cara tu.

Ada juga alasan untuk ditawarkan kepada pelanggan Non-Muslim. Suka saya beritahu ia sama macam jual arak kepada orang non-Muslim.

Ada juga bagi alasan sebab produk insurans konvensional lebih murah. Adeh…

Majlis Fatwa Kebangsaan sudah berpuluh tahun putuskan hukum insurans konvensional adalah haram sebab mempunyai unsur riba, gharar dan maisir.

Dosa riba hukumnya lebih besar dan berat berbanding minum arak, malah lebih besar dibandingkan dengan mencuri, merompak, membunuh, berzina dan segala dosa-dosa besar lain.

Madu di tangan kanan, racun di tangan kiri utk ditawarkan kepada pelanggan.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku Bijak Merancang Wang
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuBMW.com

Previous Post
Next Post

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Recommended
Ramai juga saya perasan yang terkeliru dengan kenyataan bahawa moratorium…