fbpx

Saya Dah Join, Lepas Tu Nak Buat Apa?

  • 4 years ago
  • 2Minutes
  • 371Words
  • 326Views

Bisnes Tanpa Modal

“Tuan, saya dah masuk bisnes yang Tuan cakap tu. Tuan kata tak perlu modal pendaftaran, tak perlu maintain, tak perlu beli barang, tak perlu jual produk. Tapi tak dapat income pun?”

“Memang la semua tu tak ada.

Tak ada modal pendaftaran.
Tak ada maintenance.
Tak ada beli barang.
Tak ada jual produk.

Dah semua tak ada, tak ada la incomenya!

Ini bukan skim cepat kaya yang tak perlu buat apa-apa dan dapat income”

“Ooooooooooooooo. Jadi nak buat bagaimana?”.

“Begini. Lepas daftar secara percuma, pastikan follow program yang dianjurkan.

Ada preview. Ada training. Semua percuma dan tak perlu keluar 1 sen pun.

Boleh tengok produk. Boleh tanya soalan. Boleh join banyak kali sampai faham.

Kalau tak faham atau tak puas hati, boleh tinggalkan. Tak rugi pun. Sebab tak perlu keluar modal.

Lepas dah ready, baru start”

“Ohooooo… Jadi, nak start dari mana?”

“Mula-mula kita tukar produk harian yang biasa kita gunakan harian seperti berus gigi, ubat gigi, sabun mandi, sabun basuh baju, sabun basuh pinggan, berus pinggan, berus periuk.

Kos yang selama ini kita beli di kedai runcit, pasar raya, kita tukar kepada belian di Shopping Mall Online ini.

Pengalaman saya, harganya setara dengan produk yang selama ini kita pakai. Belian pertama saya sekitar RM100 sahaja utk beli produk-produk harian tadi.

Lepas tu, kita ajak ahli keluarga, mak ayah, adik beradik, pakcik makcik bawang, sepupu sepapat, saudara mara, orang kampung, kawan-kawan, kawan pejabat dan sebagainya buat macam kita buat.

Daftarkan mereka, dalam network kita”.

“Oooooooo…Jadi macamana boleh buat duit?”

“Setiap kali kita beli barang, kita kumpul point. Alaaaa… Macam kita isi minyak dan swipe kad Mesra atau kad Bonus Link. Dapat point.

Cuma kali ini, bukan setakat point peribadi. Kalau ahli dalam network kita buat belian pun kita akan dapat point untuk group.

Pada tahap tertentu point peribadi dan point group tadi, kita akan dibayar oleh syarikat. Duit yang dibayar kpd kita ialah duit keuntungan pembeli apabila ramai jadi pelanggan dan membeli tadi”

“Ooooooooooo….”

“Pahang dok ni?”

“Ok, pahang boh!”

Ada sesiapa berminat dengan model bisnes ni? Cer komen sikit. Saya promote time free hujung minggu je. 100% online. Pendaftaran PERCUMA. Belajar, datang training percuma. 100% online. Hampir ZERO risiko.

Afyan Mat Rawi, IFP

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi 

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Tempoh hari saya perasan ada seorang membuka akaun unit trust…