fbpx

Saya Join IMKK Pada Tahun 2015

  • 4 years ago
  • 4Minutes
  • 748Words
  • 325Views

Apabila orang meminta komen tentang training dan trainer yang tak pernah saya hadiri, maka saya ambil jalan tengah dan berhati-hati. Saya hanya berikan panduan umum, rujuk status sebelum ini.

Tak adil untuk saya berikan pandangan pada benda yang saya hanya dengar daripada satu pihak sahaja.

Jika dengan scammer yang pernah saya lawan pun kena bersikap adil, apatah lagi pada trainer-trainer yang terpalit dengan komentar negatif, dan ada antaranya saya kenal personal, cuma tak pernah hadir program mereka.

Untuk bersikap adil, elok saya kongsikan pengalaman saya dengan seorang trainer yang pernah terjejas teruk imejnya dengan gelaran Phd palsu. Tak perlu sembunyi nama, Azizan Osman.

Hanya sekali saya hadir program berbayar beliau iaitu IMKK, pada tahun 2015.

Bab PhD palsu, sampai sekarang saya kecewa beliau masih belum kotakan katanya untuk gugurkan gelaran “Doktor” pada namanya.

Saya tak bincangkan bab yang itu.

Yang saya nak ulas ialah marketing dan program yang dijalankan beliau, yang turut diikuti oleh ramai trainer lain. Cara marketing beliau memang hype. Sangat hype.

Kalau nampak mana-mana trainer yang mempromosi dengan cara hype, selalunya mendapat inspirasi daripada AO.

 

IMKK 2015

Saya hadir program IMKK pada tahun 2015 selepas membaca review daripada seorang rakan yang sangat saya percayai, bukan seorang yang mudah terpengaruh.

Saya hadir dengan yuran paling minima, tak silap saya RM350 untuk program 4 hari 3 malam, selamat tiket general. Duduk seat belakang. Masuk paling lambat, keluar paling awal.

Dari awal sampai akhir program, ia penuh dengan motivasi, nyanyi dan menari. Ilmu? Ada. Saya belajar ilmu marketing, ilmu NLP, ilmu bisnes.

Lagu paling tak lupa ialah lagu bara, bara, bere, bere. Sepanjang program saya tak fokus sangat pada nyanyian dan tarian tu. Tak selesa langsung. Sepanjang program adalah hype untuk program-program upsell beliau yang riban-riban.

Teka, saya ambil tak program upsell beliau? Jawab duku sebelum saya kongsi di hujung tulisan.

Memang sepanjang program, skrip yang disusun ialah untuk membawa ke level program seterusnya. Dia akan feed kelebihan mengikuti program level seterusnya sebelum tunjukkan harga di akhir program dan slash harga hingga tertanam dalam masa minda “wah, banyaknya diskaun”, untuk menggerakkan kita sign up program seterusnya.

Tak bagus ke program beliau?

Kalau tak bagus, masakan ramai juga yang berjaya praktikal ilmu beliau dalam pelbagai bidang.

Apa ilmu yang beliau ajar? Ilmu marketing dan publisiti.

Penggunaan title “Doktor” yang palsu itu pun adalah sebahagian proses marketing dan publisiti. Bad publicity still a publicity.

Berapa ramai yang mengetahui tentang beliau disebabkan publisiti itu. Fake it until you make it.

Berapa ramai juga yang percaya dan taksub lada beliau sampai tak boleh dengar komen kritis terus dilabel sebagai biawak?

Untuk makluman saya dah kena banned dengan page beliau disebabkan komen tanya harga. Mula-mula admin reply harga program-program, lepas tu saya balas “Maksud saya berapa harga nak dapat Phd palsu?”. Terus kena banned. Gurau je pun.. Gurau pun tak boleh…

Berbalik kepada IMKK, kalau saya hadir zero tanpa sebarang persepsi awal dan persediaan, tentu akan terpengaruh untuk menyertai program upsell IMKK.

Ada yang saya jumpa, hadir berkali-kali malah ada yang siap bawa satu team, dan yang datang itu dari seluruh pelosok negara. Menunjukkan marketing beliau berjaya.

Nyanyian, tarian malah disulami dengan tangisan, tak lain tak bukan untuk memainkan emosi peserta untuk mengambil tindakan untuk membuai peserta untuk menaruh harapan dsn mengambil tindakan menjadikan beliau mentor untuk ke program seterusnya.

Dan beliau juga berjaya membuktikan anak didik beliau turut berjaya. Jangan ingat bahawa anak muridnya hanya yang buat program training macam beliau. Ada juga bisnes yang tak ada kaitan langsung dengan bidang training seperti makanan, bengkel, pakaian, restoran, suplemen dan sebagainya.

Ingat, ilmu beliau ialah ilmu marketing dan ilmu itu boleh diduplikasi kepada bisnes lain.

Itu yang saya belajar dari IMKK. Hype marketing, hype program dan hasil pun hype.

Dan saya tak pandai buat hype. Rasa macam over pun ada. Sebab itu saya tak terpengaruh untuk program seterusnya.

Di IMKK pun dah banyak ilmu saya timba. Ilmu lain seperti ilmu bisnes, ilmu membina team, ilmu memotivasi diri sendiri, ilmu menguruskan kewangan dan pelbagai ilmu lagi ada diisi sepanjang 4 hari 3 malam itu. Habis lewat malam, esoknya sambung awal pagi tanpa rasa bosan.

Saya tabik showmanship beliau mengendalikan program 4 hari 3 malam.

Memuji bukan memuja.
Mengkritik pula bukan mendengki.

Program-program hype lain, saya tak tau. Katanya ada program pelaburan saham yang dikendalikan dengan cara bagitu.

Wallahua’lam. Saya tak pernah ikuti. Jadi saya reserve komen saya.

Dato’ Dr Nafyan Khan.
Bekas Pakar Sontot Penyontot

Tak kurus takpe, janji kaya 😂

KOMEN | LIKE | SHARE | FOLLOW Afyan Mat Rawi
Join t.me/AfyanIFP utk ilmu kewangan PERCUMA

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Di kala krisis sebegini, saya sangat bersyukur kerana tidak mempunyai…