fbpx

Saya Tetap Dengan Cara Saya

  • 4 years ago
  • 2Minutes
  • 241Words
  • 265Views

Pemecatan Timbalan Perdana Menteri ~ Naim Zulkipli's Blog

Ketika Malaysia berada di bawah PM Najib, banyak kali saya beri kritikan-kritikan pedas selaku rakyat marhaen yang inginkan negaranya lebih baik.

Begitu juga ketika Malaysia di bawah PM Tun Mahathir. Saya mengekalkan cara saya, menyuburkan amalan demokrasi melalui kebebasan bersuara di media sosial tanpa melanggar batas norma dan syariat.

Sekarang zaman TSMY, saya masih mengekalkan cara sama. Apa yang dilakukan pada zaman DSNR dan Tun M, saya kekalkan pada zaman TSMY.

Sesekali mencuit, mengkritik, menyinggung dan menyanggah. Bukan jenis play safe.

Ya, saya ada kecenderungan parti politik pilihan saya yang tidak pernah saya rahsiakan untuk play safe.

Tak dpt dinafikan, saya pernah terima “amaran lembut” supaya jangan kerap sangat mengkritik nanti followers lari, prospek tak masuk dan susah nak masuk TV. Hahaha…

Maaf, saya bukan jenis suka mengampu, bergantung dan bergayut mana-mana pemimpin, parti dan politik.

Teguran yang dibuat buat pimpinan sebab sayang negara ini dan ia ditulis tanpa sebarang maki hamun atau perkataan kesat.

Selalunya ia ditulis dengan isu spesifik, tapi dengan kenyataan umum tanpa menyentuh individu tertentu.

Memang ia pahit, tapi yang pahit itu selalunya ubat.

Kalau ada yang saya silap, sila tegur. Sangat alu-alukan.

Pada bila-bila masa, saya sedia terima teguran secara terbuka selagi mana tiada maki hamun dan penghinaan. Saya tidak sempurna dan banyak kelemahan.

Maaf kawan-kawan yang tersinggung, aku menulis bukan kerna nama.

Aku hidup bukan dengan pujian manusia, dan aku tidak mati dengan cacian mereka.

Afyan Mat Rawi

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Akhirnya dapat juga isi minyak harga murah. Macam tak percaya…