fbpx

“Saya Tidak Mahu Nanti Suami Saya Kahwin Lain Lepas Saya Mati”

  • 5 years ago
  • 4Minutes
  • 591Words
  • 411Views

Perlu Atau Tidak Meletak Nama Suami Sebagai Penama Polisi Takaful

“Kenapa Puan tidak mahu letakkan nama suami?”

Beliau menarik nafas panjang sebelum melepaskannya dan menjawab soalan saya.

“Saya tidak mahu nanti suami saya kahwin lain lepas saya mati”

Saya tersenyum di dalam hati. Sebenarnya ia sudah dijangka awal.

Tapi di wajah sebenar, saya hanya memandang serius.

Rata-rata pelanggan wanita terutama kaum isteri, enggan meletakkan nama suami sebagai penama polisi takaful mereka.

“Puan tahu tak, kalau suami Puan nak kahwin, dia tetap akan kahwin?”

Saya mengujinya.

“Takpa, asal tak guna duit saya!”, jawabnya tegas.

“Puan tahu tak, suami Puan berhak ke atas harta pusaka Puan?”

Beliau diam sebentar. Mungkin beliau sudah tahu.

“Ya, saya tahu. Beliau berhak 1/4 sahaja hak faraid daripada harta pusaka saya”

Benar tekaan saya. Beliau mempunyai sedikit sebanyak ilmu faraid.

Sedari awal saya tahu beliau mempunyai literasi kewangan yg baik.

Seorang wanita berkerjaya dengan pendapatan yang bagus. Memiliki keluarga yang bahagia dengan anak-anak yang masih kecil dan mempunyai aset beberapa hartanah yang dibeli dari titik peluhnya sendiri.

“Betul kan? Suami saya hanya berhak 1/4 sahaja daripada harta pusaka peninggalan saya jika ikut faraid kan?”

Nampak beliau tak sabar menunggu “pengesahan” saya.

Saya menyambung;

“Ya betul kata Puan. Hak suami adalah 1/4 faraid harta pusaka Puan.

Tapi Puan tahu tak bahawa suami Puan ada kemungkinan menuntut dan mendapat lebih separuh dari harta peninggalan Puan?”

Kali ini beliau agak resah.

“Eh, bagaimana tu?”, nampak wajahnya berkerut dan benar-benar ingin tahu.

Saya perlu kongsikan perkara ini supaya beliau tahu.

Daripada perbincangan tentang keperluan takaful, apabila sampai bab penama, terus masuk topik perancangan harta pusaka.

Ia bukan kali pertama.

Rata-rata wanita akan mengelak untuk meletakkan nama suami sebagai penama polisi takaful mereka.

Walhal itulah manusia yang mereka pernah berjanji sehidup semati.

Apabila berlaku kematian ke atas isteri, hak faraid suami ialah 1/4 apabila mereka mempunyai anak.

Selain daripada faraid, suami juga berhak menuntut harta sepencarian terhadap harta arwah isteri yang meninggal dunia. Maksima boleh pergi sehingga 50% daripada harta pusaka sebelum difaraidkan.

Jika pasangan mempunyai anak-anak di bawah umur, suami juga boleh menuntut hak penjagaan anak dan memegang amanah hak faraid anak-anak.

Secara kesimpulannya, suami yang kematian isteri, berhak menuntut;

  1. Harta sepencarian, maksima 50% sebelum faraid.
  2. Hak faraid 1/4 sekiranya mempunya anak atau 1/2 jika tiada anak
  3. Pemegang amanah bagi hak faraid anak-anak si bawah umur.

Contoh simulasi seorang isteri yang meninggal dunia dengan harta pusaka berjumlah RM1,000,000 bersama suami dan anak-anak sebagai waris faraid.

Andaikan semuanya ialah harta pusaka yang boleh dibuat tuntutan harta sepencarian, berikut adalah jumlah yang berhak dituntut oleh suami yang masih hidup;

  1. 50% daripada keseluruhan harta sebagai harta sepencarian iaitu RM500,000
  2. Daripada baki RM500,000 itu akan dibahagikan berdasarkan faraid dan suami berhak sebanyak RM125,000 iaitu 1/4 daripada baki tadi.
  3. Baki lagi RM375,000 menjadi milik faraid anak-anak dan suami yang juga ayah anak-anak itu boleh menuntut hak penjagaan anak-anak sekaligus memegang amanah harta anak-anak.

Kesimpulannya, daripada RM1,000,000 tadi, jumlah yang akan dimiliki oleh suami ialah sebanyak 62.5%!

Dan lebihan lagi 37.5% pun boleh dipindah milik ke atas nama suami sebagai pemegang amanah hak faraid anak-anak.

Puan tadi pun terkejut, sebab sangkanya hanya 25% atau 1/4 sahaja.

Bukan setakat terkejut. Tapi terkejut besar!

Kisah di atas adalah adaptasi daripada sebuah kisah benar yang dialami sendiri oleh penulis dengan sedikit olahan, tanpa menjejaskan jalan cerita sebenar.

 

SOALAN; Apakah solusi yang boleh dicadangkan bagi situasi di atas? Kongsikan pandangan anda.

Follow dan klik “see first” FB saya untuk lagi info-info berkaitan kewangan dan kehidupan. Sertai channel telegram

Sertai Seminar Bijak Merancang utk belajar ilmu-ilmu kewangan. Klik hashtag #SeminarBMW untuk membaca pengalaman dan testimoni peserta sebelum ini. Detail di sini

Afyan Mat Rawi
INFAQ Consultancy

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Tazkirah Jumaat | Sahabat yang bakal menjadi penghuni Syurga Allah…