fbpx

Moratorium – Semoga Tip Ini Membantu

  • 3 years ago
  • 2Minutes
  • 382Words
  • 358Views

Suka saya kongsikan emel yang diterima daripada bank untuk pembiayaan perumahan yang saya langgan sejak 2009.

Jangan tanya bank mana, saya takkan jawab.

Saya emel sejak hari pertama isu moratorium ini dan follow up banyak kali untuk dapat penjelasan.

Emel ini saya terima hari yang sama kecoh isu moratorium u-turn, jam 5 petang.

“Untuk makluman, semakan kami mendapati akaun Tuan adalah pinjaman Bai’ Bithaman Ajil (BBA).

Oleh yang demikian, akaun pinjaman perumahan Tuan tidak dikenakan sebarang unsur penggandaan kadar keuntungan pada tempoh Moratorium. Ini bermaksud kadar keuntungan hanya dikira mengikut tempoh pembayaran balik pinjaman yang dipersetujui/ditetapkan seperti dikontrak perjanjian pinjaman Tuan sahaja. Selain itu, tempoh pembayaran balik pinjaman Tuan adalah mengikut kontrak BBA, di mana tiada tempoh lanjutan pembayaran selama 6 bulan berlaku.”

Ini sedikit tip saya

  1. Masa langgan produk bank, pastikan kita tahu terma and condition. Baca Product Disclosure Sheet (PDS). Tak tahu, tanya pegawai bank memang itu peranan mereka. Yang ini memang saya pilih jenis yang tidak floating dan fix, 11 tahun lepas. Masa saya langgan, memang saya tahu ia lagi mahal sedikit dari jenis yang flexi (ketika itu), tapi memang saya pilih yang sebegini.
  2. Untuk dapatkan maklumat kesan moratorium kepada pembiayaan / pinjaman kita, perlu rujuk bank kita. Lain produk, lain kiraan dan lain teknikalnya.
  3. Pastikan ada bukti hitam putih, bukan cakap mulut sahaja. Sebab itu saya suka emel. Senang nak rujuk apabila ada pertikaian.
  4. Boleh emel kepada bank dan kena kerap follow up. Dalam kes ini, saya emel sejak dari awal isu moratorium ini timbul. Hanya Jumaat lepas baru dapat jawapan yang saya nak.
  5. Leceh memang leceh. Sampai saya terpaksa CC kepada BNM. Lepas emel baru mereka respon. Jadi, jangan putus asa.
  6. Jika pegawai mereka hubungi, minta mereka emelkan. Beritahu ia untuk rekod kita sebagai pelanggan. Itu yang saya lakukan. Beberapa kali mereka telefon dan saya minta hitam putih melalui emel.
  7. Emel sampai puas hati. Malah sehingga ke emel ini, saya masih lagi reply untuk tanya soalan baru. Soalan baru saya ialah adakah installment bertambah atau kena bayar sekaligus di hujung tempoh sebab dalam emel tu ditulis “tiada tempoh lanjutan”

Semoga tip ini membantu rakan-rakan di luar sana.

Saya ulang: Jangan tanya bank mana. Saya takkan inform.

Juga jangan minta saya buat kiraan. Saya tahu diluar sana ramai yang buat. Sebaiknya tanya bank utk jawapan tuntas

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Kalau ada yang masih mengatakan perbankan Islam sama sahaja dengan…