fbpx

Sila Duduk Jangan Lari-Keldai Akaun

  • 5 years ago
  • 2Minutes
  • 390Words
  • 559Views

KELDAI AKAUN

Semalam saya dijemput bersiaran di studio TVAlhijrah secara live dalam rancangan Sila Duduk Jangan Lari.

Tajuk yang disediakan oleh penerbit ialah “Keldai Akaun” yang menampilkan tokoh pengguna yang tidak asing lagi, Datuk Nadzim dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Tuan Mat Ramli juga dari PPIM dan dihostkan oleh moderator kacak Tuan Abu Talib.

Selalu kita dengar tentang “keldai dadah”, tapi kali ini “keldai akaun”.

Jika keldai dadah merujuk kepada individu yang menjadi mangsa sindiket yang disalahguna untuk membawa dadah, keldai akaun pula merujuk kepada individu yang menjadi mangsa penyalahgunaan akaun mereka untuk digunakan dalam transaksi kumpulan sindiket haram.

En Mat Ramli yang bersama saya semalam adalah salah seorang mangsa sendiket “keldai akaun”.

Berikut adalah kronologi bagaimana beliau menjadi mangsa. Saya kongsikan di sini sebagai pengajaran bersama:

– Asalnya beliau ingin mendapatkan bantuan kewangan untuk bisnes beliau sebanyak RM5,000

– Beliau membaca iklan di internet tentang iklan bantuan pinjaman perniagaan berlesen dan mengisi maklumat yang diberikan.

– Kemudian beliau dihubungi oleh seorang lelaki yang menawarkan bantuan pinjaman tersebut.

– Beliau berjumpa dengan seorang lelaki dan diminta untuk memberi kad ATM dan nombor pin sebagai prosedur memohon pinjaman.

– Permohonan beliau dimaklumkan tidak berjaya dan beliau tidak ambil kisah tentang kad ATM tersebut memandangkan akaun tersebut tidak mempunyai baki.

– Selepas beberapa bulan, beliau ditangkap apabila polis menerima laporan penipuan yang melibatkan beliau. Bukan satu laporan tapi 7 laporan polis dari negeri berbeza dan beliau ditangkap dan ditahan reman sebanyak 7 kali di 7 negeri berbeza.

– Selepas itu beliau melaporkan masalah beliau kepada PPIM dan PPIM membantu beliau sehingga kes itu selesai dan dibebaskan.

Apa yang tidak diketahui oleh En Mat Ramli ialah;

– Selepas kad ATM dan nombor pin diserahkan kepda lelaki yang kononnya daripada peminjam berlesen tadi, ia telah disalahguna.

– Disyaki, akaun bank beliau digunakan oleh Ahlong untuk menjadi akaun transaksi antara penghutang dengan Along.

– Perkara sama juga boleh dilakukan oleh sindiket dadah untuk “mengkeldaikan” akaun En Mat Ramli tadi sebagai medium transaksi jual beli dadah.

Memang mengejutkan.

Berdasarakan laporan-laporan media juga, mangsa keldai akaun ini ada yang semuda 19 tahun hingga ke usia emas 62 tahun!

Ada keldai akaun yang diupah RM250 untuk membuka satu akaun sebelum menyerahkan maklumat akaun, kad ATM dan nombor pin kepada sindiket.

Ada “keldai-keldai” yang mendapat sehingga RM1250 hingga RM1500 untuk membuka 5-6 akaun serentak.

Berhati-hati semua.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Terima mesej; “Tentang HOI X (bukan nama skim sebenar -…