fbpx

Sistem Zakat Di Dalam Islam Berbeza Dengan Sistem Cukai

  • 5 years ago
  • 2Minutes
  • 320Words
  • 561Views

Sistem zakat di dalam Islam berbeza dengan sistem cukai yang diamalkan hari ini.

KETETAPAN
Zakat adalah ketetapan daripada Allah, manakala sistem cukai pula adalah ketetapan daripada kerajaan.

MUSLIM DAN NON MUSLIM
Di dalam Islam, zakat dikenakan ke atas orang Islam sahaja. Manakala jizyah (cukai kepada non-muslim) pula dikenakan kepada orang bukan Islam. Muslim wajib membayar zakat, makanala non muslim pula wajib membayar jizyah.

Cukai pula dikenakan ke atas semua rakyat tanpa kira muslim atau tidak.

PEMBAYAR
Zakat hanya dikenakan kepada orang yg kaya dan berharta sahaja. Hanya orang kaya yang wajib membayar zakat, seperti zakat harta, zakat emas perak, zakat perniagaan, zakat pertanian dan zakat fitrah,

Manakala di dalam sistem cukai, orang kaya dan orang miskin tetap dikenakan cukai melalui pelbagai jenis cukai; cukai pendapatan, cukai pintu, cukai jalan, cukai perniagaan dan yang terkini cukai GST.

KUTIPAN DAN PENGAGIHAN
Zakat dikutip daripada orang kaya untuk diagihkan kembali kepada orang miskin dan fakir serta asnaf zakat yang lain. Asnaf zakat, selain orang miskin dan orang fakir ialah amil, fisabilillah, orang berhutang, anak yatim dan muallaf.

Manakala cukai pula dikutip daripada rakyat dan digunakan oleh negara untuk pembangunan negara seperti membuat pembangunan, membuat jalan raya, membayar gaji menteri dan sebagainya.

KEWAJIPAN
Zakat diwajibkan ke atas orang yang berharta apabila cukup haul dan nisab tanpa sebarang pengecualian.

Manakala di dalam sistem cukai, orang kaya dan berharta mempunyai banyak cara tertentu untuk mengelak cukai secara sah.

Tahukah anda, di Malaysia pembayaran zakat boleh rebet dan mengurangkan jumlah cukai yang dibayar?

Superhero seperti Spider-Man, Batman, Power Rangers, Doraeman pun bayar zakat?

Apa alasan kita? 😆

Jangan mana gambar Black Panther, dia bayar online http://www.kmss.edu.my/bayar-zakat/

Online ini melalui Khalifah Model School, sebagai amil Lembaga Zakat Selangor (LZS)

Resit dikeluarkan atas nama LZS, boleh digunakan untuk rebet cukai.

http://www.kmss.edu.my/bayar-zakat/
http://www.kmss.edu.my/bayar-zakat/
http://www.kmss.edu.my/bayar-zakat/

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Jangan Ajar Anak Minta Duit Raya 1. Kita mungkin mampu,…