fbpx

Skim Insurans Kesihatan B40

  • 6 years ago
  • 3Minutes
  • 506Words
  • 327Views

Skim Insurans Kesihatan B40

 Dari awal Ogos, tular di media sosial tentang Skim Insurans Kesihatan, yang akan diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk dibentangkan dalam sesi Bajet 2019 sebelum dilaksanakan pada awal tahun depan.

 Skim masih dalam peringkat perbincangan dalaman kementerian terbabit dengan Bank Negara Malaysia. Jadi apa yang banyak tersebut di media sosial adalah jangkaan ataupun persepsi yang bermain di minda rakyat.

 Selain itu, nama rasmi program ini ada beberapa perbezaan. Dalam kenyataan media Menteri Kesihatan, namanya “Skim Perlindungan Kesihatan B40”. Kebanyakan media melaporkan “Skim Insurans Kesihatan” dan dalam twitter @KKMPutrajaya pula “Skim Perlindungan Insurans B40”. Perkataan “insurans” memberi persepsi ia sebagaimana skim insurans swasta yang sedia ada di Malaysia. Jadi tidak hairan rakyat memberikan pelbagai persepsi dan tanggapan kepada perkara ini sebab insurans selalunya berbayar.

 Berdasarkan Twitter @KKMPutrajaya, skim baru ini BUKAN untuk menggantikan pembayaran yang selama ini hanya RM1 untuk rawatan biasa dan RM5 untuk rawatan pakar. Untuk makluman, bayaran RM1 dan RM5 ini sudah digunapakai di Malaysia sejak tahun 1983. Jumlah ini sangat minima, macam nak bagi free.

 Skim insurans ini akan memberi coverage RM10,000 ke RM20,000 setahun untuk satu keluarga bagi perbelanjaan perubatan atau caj rawatan apabila ditempatkan dalam wad.

 Sebenarnya pada 2017, Menteri Kesihatan dahulu, Dato’ Seri S Subramaniam pernah membuat kenyataan untuk memperkenalkan skim insurans kesihatan sukarela.

 Sedar tak sedar, kos perubatan semakin meningkat dan meningkat saban tahun. Jadi, perkembangan ini seiring dengan perkembangan semasa.

 Contohnya tahun lepas, caj wad kelas satu dan kelas dua di Hospital Kerajaan sudah pun dinaikkan bermula 1 Januari 2017 lagi. Kenaikan ini hanya memberi kesan terhadap minoriti pengguna sahaja sebab majoriti rakyat Malaysia menggunakan wad kelas 3 berbanding kelas 1 dan 2.

 Bayaran RM1 untuk rawatan biasa dan RM5 untuk rawatan pakar di hospital kerajaan adalah sangat-sangat-sangat murah, jika kita bandingkan kos sebenar ubat-ubatan. Subsidi yang ditanggung kerajaan ialah RM49 ke RM69 bagi setiap ubat.

 Contohnya, bagi pesakit kencing manis, darah tinggi dan sakit sendi, kos bagi rawatan di klinik swasta untuk mendapatkan enam jenis ubat ialah RM37. Itu hanya untuk ubatan sahaja, jika dimasukkan sekali caj perundingan doktor dan makmal, ia akan mencecah RM50 ke RM70 bagi setiap lawatan doktor dan ubat-ubatan. Tapi jika di klinik kerajaan, ia hanya RM1 sahaja.

 Satu perkara yang perlu kita akui ialah kos perubatan semakin lama semakin mahal. Dan kita sebagai rakyat perlu bersedia sekiranya subsidi-subsidi yang sedia ada ini dikurangkan atau ditarik balik pada masa-masa akan datang.

 Adapun skim baru ini sebenarnya akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan, bukan daripada duit poket rakyat. Ia fokus kepada rakyat golongan B40 iaitu golongan rakyat berpendapatan rendah yang mewakili sekitar 40% rakyat Malaysia.

 Berdasarkan Bajet 2017, KUMPULAN B40 merujuk kepada kumpulan yg mempunyai pendapatan isi rumah purata dibawah RM3860.00 sebulan. Kumpulan ini merangkumi 40% daripada penduduk Malaysia.

 Apapun kita selaku rakyat, kita perlu membuat persediaan sendiri untuk menghadapi isu-isu begini. Antaranya ialah dengan cara melanggan sendiri medical card sebagai back-up.

Jadi, mohon bertenang dan tunggu Bajet 2019

Kongsi-kongsikan info ini untuk manfaat rakan-rakan lain.

Nota:
Buat rakan-rakan dalam bidang kesihatan dan kedoktoran, mohon semak tulisan ini kot-kot ada silap.

Afyan Mat Rawi, IFP
INFAQ Consultancy

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Alhamdulillah, INFAQ Consultancy mengekalkan prestasi positif bagi #TeamTakaful untuk kuarter pertama tahun…