Soalan-soalan Skim Sontot

Anda ada masalah di bawah ini;

– Wang gaji selalu tak cukup?

– Hujung bulan selalu miss soru?

– Hutang berlambak-lambak?

– Selalu dapat surat amaran bank?

– Perbelanjaan melebihi pendapatan?

– Dah naik segan nak meminjam sebab hutang lepas pun tak bayar lagi?

– Dah bertahun-tahun bekerja pun masih sukar untuk ada simpanan RM1,000?

– Masih belum memiliki rumah sendiri sekalipun sudah bertahun-tahun bekerja?

– Hutang PTPTN / JPN / MARA zaman belajar dulu pun tak habis-habis bayar lagi?

– Nak bercuti setahun sekali dengan keluarga pun berkira?

– Nak mulakan pelaburan RM100 pun susah?

– Wang simpanan ASB dan TH tak sampai RM1K?

– Bercita-cita untuk membeli kediaman sendiri tapi tak cukup duit deposit?

– Bercadang untuk tukar kereta tapi tak mampu?

– Dan segala macam jenis masalah kewangan!

Itu semua adalah masalah anda, bukan masalah saya.

Jadi, selesaikan lah sendiri.

Jangan harap orang lain tolong selesaikan.

Jangan mudah terpengaruh dengan iklan-iklan yang mendakwa mampu menyelesaikan masalah-masalah di atas.

Tahukah anda, ayat-ayat di atas selalunya digunakan untuk mempromosi skim sontot?

Jika ada, berhati-hati. Tak kena gaya, itulah #nerakawang

Pesanan Ikhlas,
Afyan Mat Rawi, IFP
Penulis Buku “Tersontot Di Pintu Shorga”

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com