fbpx

Soalan Yang Kerap Ditanya Oleh Pelanggan Takaful

  • 2 years ago
  • 2Minutes
  • 334Words
  • 609Views

Soalan yang biasanya saya terima apabila berjumpa dengan prospek pelanggan takaful:

“Apa takaful yang paling murah?”

“Kalau tak berlaku apa-apa, dapat balik duit tak?”

“Ada saving tak?”

Tapi apabila berlaku claim, soalan pertama akan muncul ialah;

“Berapa coverage bilik?”

“Berapa pampasan akan dapat?”

“Berapa cepat boleh dapat?”

Berlaku kontradik di sini. Walhal, sepatutnya soalan yang ditanya waktu claim itulah perkara pertama yang perlu kita consider ketika melanggan insurans polisi takaful.

Perkara utama yang perlu diambil peduli ialah BERAPA COVERAGE yang perlu kita ada.

Berdasarkan statistik oleh Life Insurans Associate Malaysia (LIAM), 90% pemegang polisi insurans tidak cukup jumlah coverage. Manakala laporan polis oleh Malaysian Takaful Association (MTA) pula, jumlah jurang perlindungan purata polisi takaful di Malaysia ialah 200k.

Ini menunjukkan majoriti rakyat Malaysia tidak melanggan polisi takaful dengan cara dan objektif yang betul. Fokus utama ialah kepada pelindungan, bukan simpanan. Bukan kepada takaful paling murah. Bukan kepada berapa dapat balik duit.

Kalau nak simpanan, pelaburan, dapat balik duit, dan seumpamanya, jangan gunakan produk takaful. Boleh gunakan akaun bank, unit trust, saham, emas dan lain-lain produk simpanan dan pelaburan.

Gunakan instrumen kewangan yang betul untuk tujuan yang betul. Setiap produk kewangan ada objektif tersendiri. Produk takaful takkan mampu menggantikan produk simpanan dan pelaburan yang ada dalam pasaran. Begitu juga produk lain tidak mampu menggantikan fungsi takaful.

Bank Negara Malaysia sendiri telah memberi peringatan bahawa takaful / insurans adalah untuk perlindungan, bukan untuk pelaburan dan simpanan

Inginkan sesi konsultansi bersama perunding INFAQ Consultancy tentang perkara ini? Isi borang di bawah:

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
"Produk takaful ini dah diluluskan oleh BNM. Takkan la BNM…