fbpx

Solusi Takaful Bagi Suami Isteri

  • 4 years ago
  • 2Minutes
  • 394Words
  • 299Views

Solusi takaful suami isteri.

Ini solusi dan alternatif untuk situasi dan persoalan yang saya utarakan semalam; sejauh mana hibah takaful secure. Isunya ialah, jika isteri berjaya pujuk suami yang tidak ada kesedaran takaful untuk langgan polisi takaful dan letak nama isteri sebagai penerima hibah, ada kebarangkalian;

1. Selepas beberapa lama, suami tak bayar polisi sama ada terlupa, terlepas pandang atau sengaja – sehingga polisi lapse

2. Suami tukar penama hibah tanpa pengetahuan isteri. Mungkin isteri baru?

Jadi, solusi terbaik ialah dengan cara Loving Couple Policy takaful. Ia bukan produk takaful, tapi konsep dalam melanggan takaful. “Loving Couple Policy” atau “Polisi Kasih Sayang”, ialah polisi takaful dengan kaedah berikut;
  • Isteri sebagai pemegang polisi

  • Suami sebagai orang dilindungi

Dengan kata lain; Polisi atas nama isteri manakala suami sebagai orang dilindungi. Berbanding situasi langganan polisi biasa; Polisi atas nama suami dan nama isteri diletakkan dalam penama hibah.

Kelebihan polisi jenis ini ialah:

  1. Tidak perlu diletakkan isteri sebagai penama atau hibah kerana isteri sudah menjadi pemegang sijil. Penama atau hibah boleh letakkan nama anak atau ibu bapa yang hanya berfungsi sekiranya berlaku kematian serentak suami isteri.
  2. Tidak ada isu faraidh apabila berlaku kematian pasangan kerana 100% pampasan takaful kematian menjadi milik isteri yang masih hidup.
  3. Tidak perlu dijadikan hibah kerana faktor no (2)
  4. Ia lebih selamat berbanding meletakkan nama isteri sebagai hibah yang bila-bila masa suami sebagai pemilik polisi boleh ubah penama hibah dalam polisi tanpa pengetahuan penerima hibah.
  5. Atas faktor nombor 4, jika hendak buat perubahan perlu mendapat persetujuan isteri selaku pemilik polisi.
  6. Apabila berlaku kematian suami, pampasan akan diperoleh kepada isteri secara langsung selaku pemilik polisi.
  7. Manakala jika isteri meninggal, polisi tersebut boleh “waive” sumbangan bulannya (dengan syarat letak manfaat waiver pembayar pada polisi).
Sebab itulah ia dipanggil sebagai “Loving Couple Policy”. Amacam, best tak? Afyan Mat Rawi INFAQ Consultancy Berminat? Boleh isi borang dibawah Untuk memudahkan kami membantu Tuan/Cik Puan memiliki plan takaful ini, Mohon Tuan/Cik Puan isi maklumat dibawah:

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Gara-gara hujan lebat, lelaki ini terperangkap dalam kedai gunting RM5…