fbpx

Step By Step Melanggan Takaful Income Protection

  • 1 year ago
  • 2Minutes
  • 326Words
  • 420Views

1. Tentukan KEPERLUAN
2. Peruntukan KEWANGAN
3. Sesuaikan dengan PRODUK

“Afyan, nak buat macam mana tu?

Rileksss… Baca sampai habis. Tapi panjang sikit la

STEP 1: TENTUKAN KEPERLUAN

1. Kira pendapatan tahunan. Ini ialah pendapatan yang ingin kita lindungi.

2. Kumpulkan semua jenis pendapatan yang ada, bukan sekadar gaji bulanan. Contoh; sewa, keuntungan pelaburan, dividen dan sebagainya.

3. Untuk mengira jumlah keperluan, ada 2 cara

CARA 1: Capital Liquidation Method
Darabkan pendapatan tahunan tadi dengan 10

Contoh: Pendapatan RM50,000 setahun x 10 = RM500,000

CARA 2: Capital Intact Method
Pendapatan tahunan tadi dibahagikan dengan potensi pelaburan / ROI minimum.

Contoh: Pendapatn RM50,000 setahun bahagi 6% = RM833,333

*6% adalah potensi pelaburan / ROI utk dilaburkan RM833,333 itu.

4. Apa beza kedua kaedah tadi?

– Kaedah “Capital Liquidation Method”, coverage mencukupi untuk 10 tahun perlindungan pendapatan.

– Manakala dengan kaedah “Capital Intact Method” pula, perlindungan pendapatan kekal selagi mana modal awal tidak diusik

5. Coverage di atas untuk coverage kematian dan lumpuh. Bagi coverage penyakit kritikal, cara kira ialah dengan darab 3 ke 5.

Contoh: Jika pendapatan RM50,000 setahun, coverage yang diperlukan ialah RM150,000 ke RM250,000

STEP 2: PERUNTUKAN KEWANGAN

1. Berdasarkan pendapatan, peruntukkan sekitar 5% – 6%

Contoh, jika pendapatan RM50,000 maka peruntukan yang diperlukan ialah RM2,500 ke RM3,000 setahun.

2. Kemudian, kirakan perbelanjaan yang ada untuk memastikan ada peruntukkan di atas.

3. Jika tidak mencukupi, boleh peruntukan junlah yang ada.

Contoh, hanya mampu RM2000 sahaja setahun.

STEP 3: SESUAIKAN DENGAN PRODUK

1. Untuk step ini, perlu rujuk perunding untuk dapatkan proposal yang disertakan bersama PDS (Product Disclosure Sheet)

2. Berdasarkan jalan kira di atas, sesuaikan produk dengan perlindungan pendapatan sebagaimana berikut;

– Caruman RM2,500 setahun
– Coverage Kematian dan Lumpuh: RM500,000 (cover 10 tahun pendapatan)
– Coverage Penyakit Kritikal: RM250,000(cover 3 ke 5 tahun pendapatan)
– Jika ada waiver, boleh dimasukkan.

3. Dapatkan PRODUK yang bersesuaian dengan PERLINDUNGAN & peruntukan KEWANGAN.

4. Tips memilih produk: Rule of thumb: Pilih yang paling tinggi coverage dengan caruman yang paling rendah. Kenapa bayar lebih?

FAHAM KE FAHAM?

Kalau faham tolong kongsi-kongsikan supaya lebih ramai faham

Jika ada yang keliru, jemput hadir ke KLINIK TAKAFUL.

Berminat untuk tahu lebih lanjut? Sila isi borang di bawah.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
“Afyan, aku ada duit lebih RMXXX,000 dalam TH ni. Rasa…