fbpx

Strategi Yang Sepatutnya Dilakukan Untuk Pelaburan Unit Amanah

  • 4 years ago
  • 2Minutes
  • 265Words
  • 774Views

3 tahun lalu saya mempromosi dana ini; Eastspring Dana Al Ilham.

2018 baru berlalu dan menyaksikan dana-dana unit trust yang melabur ke pasaran saham menyusut.

2019, selepas 3 tahun, saya masih setia dengan dana ini.

Rekod pulangan jangka masa panjang 10 tahun dana ini kekal melebihi 10%!

Apapun, prestasi masa lampau tidak sekali-kali menjamin pulangan masa hadapan.

Strategi yang sepatutnya dilakukan untuk pelaburan unit amanah;

1. Analisa dana-dana yang ada dalam pasaran. Gunakan fund fact sheet dan beberapa platform seperti My.Morningstar, Bloomberg, Novagni dan sebagainya.

2. Buat pilihan beberapa dana yang berkualiti berdasarakan prestasi, volatility, sharpe ratio. Setiap platform tadi (point no 1) memberi analisa berbeza-beza.

3. Lakukan diversifikasi dalam pelaburan yakni tidak stick pada satu dana dan satu syarikat sahaja. Gunakan platform Single License Investment untuk merealisasikan perkara ini.

4. Lakukan pemantauan berkala untuk melihat perkembangan pelaburan. Sebulan sekali dah ok. Setahun baru 12 kali. Atau secara suku tahunan pun ok juga.

5. Labur ketika harga rendah, dan lock profit ketika harga naik. Skil no 5 yang paling mahal. Pengalaman akan mendewasakan.

Paling penting, pelaburan untuk jangka masa panjang.

Pelaburan macam tanam pokok. Kita tanam (letak modal), kemudian kita siram dan letak baja (tambah modal), kita racun untuk buang ulat (switching), kita jaga perairan dan pencahayaan supaya tidak terlalu banyak air atau terlalu panas, kadang-kadang kita gemburkan tanah, akhir sekali barulah kita petik buahnya.

Dan itupun, mungkin benih yang kita tanam, tidak menghasilkan buah yang kita idam-idamkan.

Janganlah harapkan hari ini tanam, esok nak petik buah?

Takkanlah kahwin hari ini, esok dapat anak?

 

Mahukan pelaburan alternatif? Klik sini.

 

Afyan Mat Rawi, IFP
Pelabur dan juga perunding unit trust cabuk

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Tahukah anda, kerajaan Amerika Syarikat sekarang sedang "tutup" sehingga Presiden…