Sudahkah Anda Membuat Wasiat dan Hibah?

Image result for hibah dan wasiat

Adakah anda sudah membuat wasiat untuk tinggalkan kepada waris? Adakah anda juga sudah membuat hibah hartanah kepada orang yang anda sayang?

Adakah anda anggap dengan membuat wasiat dan hibah hartanah tersebut, maka segala urusan pusaka anda akan berjalan lancar?

Jika Ya, baca kisah ini dahulu.

Semalam saya berjumpa dengan seorang wanita yang masih bujang yang kehilangan ibunya setahun lalu.

Ibunya meninggal dunia pada 2019 dan meninggalkankan beberapa orang waris yang terdiri daripada;

1. Suami,
2. Seorang anak perempuan tunggal, dan
3. Adik beradik, 7 orang.

Waris yang saya jumpa ialah anak tunggal arwah, seorang wanita bujang yang juga bekas pegawai bank. Katanya selepas ibunya meninggal dunia, hidupnya menjadi kosong dan kerja beliau di bank tidak lagi efektif seperti dulu. Jadi beliau melepaskan jawatannya sebagai senior management di bank dengan gaji 5 angka. Dalam masa sama, beliau juga menjaga ayahnya yang berusia yang keseorangan selepas kehilangan arwah.

Arwah meninggalkan dokumen wasiat dengan sebuah syarikat amanah beserta hibah sebuah rumah kepada anak tunggalnya itu.

Berikut antara harta yang ditinggalkan
1. Sebuah rumah yabg tiada hutang dengan anggaran harga sebanyak RM2,000,000
2. Akaun ASB berjumlah RM100,000

Sebenarnya rumah dan ASB tersebut atas nama si ayah tapi ia dipindahkan atas nama arwah dengan tanggapan si ayah akan pergi dulu. Kemudian, arwah membuat wasiat beserta hibahkan rumah tersebut kepada anak perempuan tunggal mereka.

Dokumen pengisytiharan hibah dibuat berasingan. Manakala di dalam wasiat dinyatakan agar 90% harta pusaka diserahkan kepada anak perempuan tunggalnya dan selebihnya difaraidkan.

Segala berjalan dengan baik sehinggalah arwah meninggal dunia.

 

Image result for baca wasiat

Pembacaan wasiat

Ketika pembacaan wasiat di hadapan waris-waris, adik-beradik arwah mula menuntut hak masing-masing sekalipun di dalam wasiat dinyatakan hanya 10% peratus sahaja difaraidkan. Di sini masalah timbul kerana wasiat itu perlu dapat persetujuan waris. Ia memang hak mereka.

Dalam majlis pembacaan wasiat tersebut, suasana agak kecoh dan wakil peguam daripada pejabat syariat amanah tadi tidak mampu mengawal keadaan.

Masalah seterusnya ialah proses penukaran nama rumah arwah kepada nama anak perempuannya. Hampir setahun meninggal dunia, namun masih tidak selesai.

Kos demi kos ditanggung, sehingga menyebabkan wang ASB yang berjumlah RM100,000 tadi hampir habis sehingga hanya tinggal RM1,000 lebih sahaja.

 

Image result for oh no

Terkejut dengan kos yang ditanggung

Terkejut bukan kepalang saya mendengarnya!

Kos yang paling besar ialah kos duty stam yang mencecah RM60,000 lebih dan selebihnya kos pentadbiran harta pusaka oleh syarikat trustee.

Yang paling ralat bagi si anak ialah, kos tersebut dipotong terus dari akaun ASB yang dibekukan tadi tanpa sebarang makluman awal oleh pihak syarikat amanah kepadanya, walhal beliau yang selama ini ke hulu ke hilir berurusan dengan mereka.

Selama ini itulah tabungan ibu dan ayahnya gunakan untuk menampung hidup mereka, menggunakan wang dividen ASB.

Berdasarkan kisah beliau semalam, saya simpulkan dalam kes di atas, wasiat dan hibah semata belum tentu membantu urusan pusaka. Ia perlu disertakan dengan ilmu dan kesedaran perancangan pusaka kepada semua waris-waris, dan juga kemampuan dari sudut material untuk melaksanakannya.

Saya galakkan para pembaca yang membaca tulisan ini untuk mendalami ilmu pusaka dengan menghadiri program kami terdekat. Detail di ruangan komen.

 

Baca juga artikel ini berkenaan Hibah vs Wasiat

 

Afyan Mat Rawi
INFAQ Consultancy

Follow FB & Telegram untuk lagi tip kewangan, bisnes dan kepenggunaan.

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi, IFP

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com