fbpx

Tabiat, Kemahuan dan Keperluan

  • 3 years ago
  • 2Minutes
  • 333Words
  • 326Views

Dipetik dari FB Noraini Othman

Tabiat, Kemahuan dan Keperluan

Tadi dalam ikimfm ada dengar sikit pasal tabiat kemahuan dan keperluan.

Antara pesanan yang sempat saya dengar sambil mengemas rumah ada di bawah:

Walaupun kaya, kita tak boleh beli apa sahaja yang kita mahu.

Allah pinjamkan kita wang yang banyak tapi Allah tak suruh kita beli ikut kemahuan.

Ingat ya, Allah pinjamkan sahaja untuk kita.

Kita perlu pandai gunakan wang dengan berhemah.

Ya, kita sebagai manusia punya kemahuan yang tinggi.

Tak semestinya bila ada wang, kita boleh beli ikut kemahuan hati kita.

Kita bila ikut keperluan.

Beli apabila perlu bukan yang kita mahu.

 

Ok, saya nak ulas setakat pemahaman saya.

Contoh: Beli apa yang perlu ialah seperti kita dah ada telekung 3 pasang.

Cukup untuk kita rotate penggunaan sehari-hari.

1 letak dalam kereta kemungkinan bagi yang suka travel.

2 lagi letak di rumah. 1 pakai, 1 spare untuk rotation bila basuh.

Pada saya ini sudah cukup sebagai keperluan.

Lebih daripada itu hanya kehendak.

Begitu juga dengan benda lain.

 

Sambung.

Katanya lagi sebab dalam rezeki yang Allah pinjamkan kepada kita ada rezeki orang lain.

Saya suka penceramah tu guna perkataan pinjam.

Hampir kita lupa bahawa apa yang kita ada ni ialah rezeki yang Allah bagi pinjam.

Ya pinjam.

Saya selalu ingat apa yang kat badan kita ni semua kita punya sampai selalu dengar ayat, eh, ni aku punya, suka hati aku lah aku nak buat apa.

Facebook ni aku punya, suka hati aku lah nak tulis apa.

Ya, sifat keakuan yang sangat menebal dalam diri.

Tak perasan selama ni, tak ada 1 pun kita punya, semua Allah punya, Allah cuma bagi pinjam je.

Jadi mulai hari ini boleh dah kita set minda kita, keluarga kita lebih-lebih lagi anak kita sebab minda anak-anak macam sponge, bahawa kita tak boleh beli atau buat sesuatu sesuka hati kita sebab apa yang kita ada, Allah pinjamkan je.

Selayaknya kalau kita pinjam barang orang, perlu dijaga sebaik mungkin kan.

Ke arah kewangan sihat.

INFAQ Consultancy

JDT

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

 

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Dipetik dari FB Fakharuddin Zorkafli   𝗝𝗢𝗨𝗥𝗡𝗔𝗟 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗕𝗨𝗥𝗔𝗡 | Melabur…