Saya tak terkejut sangat baca berita ini. Memang wujud golongan yang suka mempamerkan kekayaan palsu mereka. Dalam buku Financial Independence Retire Early ia dikategorikan sebagai “jutawan palsu”. Golongan ini wujud kerana mereka memperoleh gaji yang tinggi setiap bulan atau memiliki harta yang banyak dan atas dua sebab itu telah menyebabkan mereka termasuk dalam kategori T20.