fbpx

Tahu tak?

  • 17 years ago
  • 2Minutes
  • 250Words
  • 329Views

Seorang salesman kereta yang bekerja semenjak umurnya 18, (yakni selepas SPM), sekiranya jualannya meningkat 20% setiap tahun, dan jualan tahun pertamanya adalah adalah 10 buah kereta yang berharga RM 25,000.00, dengan kadar komisen 3.5 %, mampu meraih pendapatan sekitar RM 1,800.00 pada usia 23 tahun!

…. Maka anda pun tertanya-tanya, ”Sdr Afyan, macam mana hal ini boleh berlaku?”

Jadi saya pun menerangkan perkara berikut:
(Ia memerlukan sedikit pengiraan, namun jangan risau sekalipun saudara pernah gagal dalam ujian matematik sekolah rendah kerana ia boleh difahami oleh adik bongsu saya yang berada di darjah lima)

Pada umur 18 tahun:
Jualan tahunan = 10 buah kereta x RM 25,000.00 = RM 250,000.00
Komisen tahunan = RM 250,000.00 x 7% = RM 8750.00
Pendapatan bulanan = RM 8750.00 / 12 bulan = RM 730.00

Unjuran jualan yang meningkat 20% setahun;
Jualan tahun kedua = RM 250,000.00 + (20% X 250000) = RM 300,000.00
Jualan tahun ke-3 = RM 300,000.00 + (20% X 300000) = RM 360,000.00
Jualan tahun ke-4 = RM 360,000.00 + (20% X 360000) = RM 432,000.00
Jualan tahun ke-5 = RM 432,000.00 + (20% X 432000) = RM 518,400.00
Jualan tahun ke-6 = RM 518,400.00 + (20% X 518400) = RM 622,080.00

Pendapata pada umur 23 tahun, selepas 6 tahun bekerja;
Pendapatan tahunan = 3.5% X 622080 = RM 21, 772.80
Pendatapatn bulanan = 21772.80 / 12 bulan = RM 1814.40

Pada umur 23 tahun, pendapatannya sekitar RM 1,800.00 sebulan!

Ketika rakan-rakan yang seusia dengannya terkial-kial menghantar resume untuk mencari kerja, dia telah memperolehi pendapatan seperti seorang graduan undang-undang yang baru menamatkan chambering 9 bulan.

Catatan;
1. Selalunya, seorang peguam memulakannya tugasnya setelah tamat belajar dan tamat chambering pada usia 24 tahun.
2. Untuk mendapat kerja dengan pendapatanRM 1,800.00 dengan hanya berbekalkan pencapaian akademik di universiti, adalah sesuatu yang sukar sekarang.
3. Kos perbelanjaan di universti tempatan dalam mendapatkan sekeping ijazah, tidak kurang daripada RM 20,000.00 sekarang.
4. Jika mengambil pinjaman PTPTN, seorang graduan menerima liabiliti hutang sekurang-kurangnya RM 20,000.00 sebaik sahaj dia menamatkan kertas peperiksaannya yang terakhir.

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

3 Comments

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Entri ini sambungan daripada entri lepas, berdasarkan perkembangan semasa.  8.…