fbpx

Takaful Bukan Untuk Keuntungan Tetapi Elak Kerugian

Takaful bukan untuk buat untung, tapi untuk elak kerugian.

Jadi, jangan terkejut jika selepas membayar RM200 sebulan selama 5 tahun, nilai tunai tak sampai RM200 pun.

Apabila Tuan-Puan melanggan mana-mana produk takaful, sebenarnya Tuan-Puan mendapatkan ketenangan fikiran yakni jaminan bantuan daripada peserta-peserta takaful lain dan syarikat takaful sebagai pengendali gabungan takaful yang disumbangkan oleh para peserta.

Ia bukan untuk mencipta keuntungan atau peluang pelaburan.

Jika Tuan-Puan berhasrat mencipta keuntungan daripada takaful, maka elok kiranya Tuan-Puan menjadi perunding takaful. Memang Tuan-Puan akan mendapat keuntungan dari setiap peserta takaful yang menjadi pelanggan.

Dalam program-program kendalian saya, ramai juga peserta yang terkejut apabila saya memberitahu bahawa komisen ejen boleh mencecah sehingga 55% (termasuk overiding) pada tahun pertama dan boleh berpanjangan sehingga 6 tahun.

Sebagai perunding takaful, tidaklah menjadi kesalahan jika kita tidak ceritakan tentang berapa komisen kita dapat. Tapi perlu telus untuk menerangkan kos wakalah yang ditanggung oleh peserta yang boleh mencecah 90% pada tahun pertama.

Sebenarnya apabila Tuan-Puan melanggan takaful, kos-kos sepatutnya disertakan sekali dalam quotation yang diberikan ejen bersama Product Disclosure Sheet (PDS) atau nota helaian produk.

Malah kadang-kadang komisen ejen ada disertakan sekali di dalam quotation tersebut.

Jadi, jangan terkejut jika selepas membayar RM200 sebulan selama 5 tahun, nilai tunai tak sampai RM200 pun.

Harus diingat, kos wakalah tahun pertama mencecah 90% dan komisen untuk ejen pada tahun pertama (termasuk overiding) boleh mencecah 55%.

Kalau nak buat untung melalui takaful, jangan sekadar jadi pelangggan. Jadilah ejen takaful.

Potensi keuntungan dan pendapatan melebihi Perdana Menteri. Berminat jadi ejen takaful?

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

WP2FB Auto Publish Powered By : XYZScripts.com