fbpx

Takaful Pure Investment? Dapatkan PDS daripada ejen

  • 1 year ago
  • 1Minute
  • 197Words
  • 363Views

Apabila ada ejen takaful mendakwa sesuatu produk itu ialah “pure investment”, perkara pertama yang perlu kita lakukan adalah pengesahan perkara tersebut berdasarkan maklumat di dalam PDS (product disclosure sheet).

Apakah itu PDS?

PDS ialah helaian keterangan produk takaful berkenaan. Ia mengandungi maklumat-maklumat penting sesuatu produk kewangan yang perlu pelanggan baca dan ketahui sebelum sign up.

Bank Negara Malaysia mewajibkan semua produk kewangan sama ada bank atau takaful / insurans untuk menyediakan dokumen berkenaan. Jika dalam pelaburan unit trust, dokumen hampir serupa dipanggil sebagai “fund fact sheet”.

Contohnya dalam kes ini, seorang ejen takaful mendakwa produk takaful sekian-sekian adalah “pure investment”.

Tapi apabila disemak dalam website rasmi syarikat berkenaan, ia tidaklah sebagaimana didakwa malah ada DISCLAIMER oleh kompeni berkenaan bahawa ia bukan “pure investment” sebagiamana unit trust.

Jadi bagaimana ejen takaful boleh mendakwa bahawa produk syarikatnya ialah produk “pure investment”?

Jangan fokus kepada nama syarikat sebab ia boleh berlaku dalam semua kompeni takaful, termasuk yang saya wakili. Ejen yang mengatakan sedemikian biasanya diajar oleh leader atau senior dalam ejensi.

Jadi, wujudkan produk takaful yang “pure investment”?. Saya belum jumpa lagi. Jika Tuan-Puan jumpa, tolong kongsikan.

Jika posting ini bermanfaat, tolong klik share.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Kena nila setitik, rosak susu sebelanga... Disebabkan segelintir ejen dan…