fbpx

Takaful Sebagai Perlindungan Kewangan

  • 4 years ago
  • 2Minutes
  • 274Words
  • 463Views

Fungsi utama takaful sebagai perlindungan kewangan

Apabila melanggan produk takaful, perlu fokus kepada fungsi utama takaful sebagai perlindungan kewangan sekiranya berlaku malapetaka kewangan, yakni;

  • Kematian
  • Lumpuh
  • Sakit Kritikal

3 perkara di atas, sekiranya berlaku dalam kehidupan seseorang boleh menyebabkan malapetaka kewangan atau financial disaster.

Kenapa saya katakan sedemikian rupa?

 

Berlaku Musibah

Kerana, jika berlaku salah satu daripada musibah di atas, seseorang akan

  1. Tidak dapat lagi meneruskan pekerjaan,
  2. Apabila tiada lagi pekerjaan, maka pendapatan pun akan terhenti,
  3. Dalam keadaan tiada pekerjaan dan pendapatan, dia masih lagi perlu teruskan kehidupan atau dalam kes kematian; isteri, anak-anak dan keluarga masih perlu meneruskan kehidupan.

Bayangkan, bagaimana dia dan/atau keluarga perlu teruskan kehidupan dengan mengekalkan perbelanjaan seperti rumah, makan minum, pakaian, sekolah, kenderaan dan sebagainya – dalam keadaan tiada pendapatan dan pekerjaan.

Sekiranya berlaku musibah tersebut, ia akan menyebabkan FINANCIAL DISASTER atau MALAPETAKA KEWANGAN.

Image result for solusi

Solusinya

Jadi, apakah solusinya?

Solusinya ialah menggunakan plan takaful yang menyediakan jumlah coverage yang menyediakan pampasan yang boleh menggantikan pendapatan pemiliknya sekiranya berlaku salah satu daripada 3 perkara di atas.

Inilah dia dipanggil INCOME PROTECTION.

Ia bukan sekadar medical card atau hibah takaful.

Baca tulisan di komen utk memahaminya.

 

 

Sumber dari Afyan Mat Rawi, IFP

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Hai, tengah jammed ke tu? Tahukah anda, kesasakan jalan raya…