fbpx

Takaful Trust: Instrumen Pelengkap Plan Income Protection & Hibah Takaful

  • 3 years ago
  • 3Minutes
  • 613Words
  • 367Views

Topik berkenaan “Takaful Trust: Instrumen Pelengkap Plan Income Protection & Hibah Takaful”.

Disampaikan oleh Tn Hj Baharuddin Md Jahi dari MyPusaka.

Takaful Trust merupakan instrumen sebagai pelengkap plan takaful perlindungan pendapatan (income protection).

Ia juga adalah alternatif kaedah pewarisan takaful menggunakan hibah takaful. Kaedah ini berbeza dengan kaedah biasa menggunakan hibah takaful.

(NOTA: Ada pelbagai cara pewarisan atau pengagihan pampasan takaful selain daripada hibah.

Antaranya ialah melalui kaedah penamaan biasa yang akan menjadi faraid, absolute assignment, menggunakan trustee dan sebagainya. Setiap satu ada kelebihan dan fungsi tersendiri)

 

Kelebihan kaedah pengagihan pampasan takaful melalui hibah ialah:

1. HAKMIKLIK MUTLAK.
Proses pemindahan pampasan takaful melalui hibah kepad penama Ia sesuai untuk income protection daripada seorang suami kepada isteri.

2. KOS YANG MINIMUM.
Proses pemindahan kepada penama hibah tidak ada kos lain yang terlibat.

3. TERKELUAR DARIPADA FARAID.
Hibah takaful tidak termasuk dalam harta pusaka yang perlu difaraidkan.

4. MUDAH CAIR.
Kaedah hibah melalui takaful sangat mudah dicairkan berbanding hibah harta yang lain seperti hibah hartanah.

5. CREDITOR PROOF.
Atau “kebal daripada pemiutang”. Harta yang diwariskan melalui hibah takaful, tidak boleh dituntut oleh pemiutang si mati.

 

Namun begitu, kaedah ini ada sedikit limitasi, antaranya;

1. KEMATIAN SERENTAK.
Apa akan jadi sekiranya pemilik polisi dan penerima hibah mati serentak, contohnya suami isteri terlibat dalam kemalangan dan meninggal dunia serentak?

2. JAMINAN HASRAT PEMBERI HIBAH.
Ramai yang melanggan polisi hibah takaful dengan tujuan untuk income protection atau pembayaran hutang. Sejauh mana hasrata tersebut dilaksanakan oleh penerima hibah?

3. PENERIMA HIBAH TAK WAJIB BAYAR HUTANG SI MATI.
Hibah bermaksud hadiah. Apabila hadiah, sudah tidak wajib ke atas penerima hibah untuk menggunakan wang tersebut untuk membayar hutang si mati, walaupun itu ialah hasrat asal pemilik polisi takaful.

4. SEJAUH MANA PENERIMA HIBAH MENGGUNAKAN WANG PAMPASAN DENGAN AMANAH.
Penerima hibah takaful menerima RM1,000,000. Agak-agak gelap mata tak? Bagaimana untuk memastikan penerima hibah menggunakan wang tersebut dengan sebaiknya?

5. PENERIMA HIBAH BAWAH 18 TAHUN.
Sesetengah pemilik polisi meletakkan nama anak sebagai penerima hibah kerana kurang percaya kepada pasangan. Risau pasangan kahwin lain sekiranya selepas mereka meninggal dunia 🙂
Tapi tahukah kalian, penama bawah 18 tahun tidak semudah itu untuk memiliki dan menerima harta? Akan ada beberapa cabaran dari sudut perundangan.

6. PEMILIK TAKAFUL LUMPUH.
Sekiranya pemilik polisi ditimpa musibah lumpuh kekal atau TPD, hibah takaful tidak berfungsi. Pampasan akan diberikan kepada pemilik polisi, dalam keadaan pemilik polisi sudah tidak dapat bergerak dengan normal untuk membuat tindakan.

Berdasarkan beberapa limitasi di atas, alternatif dan solusi yang ada ialah TAKAFUL TRUST !

Dengan TAKAFUL TRUST, pemilik polisi takaful boleh membuat satu dokumen “absolute assignment” melalui syarikat pemegang amanah dan diberi arahan berdasarkan hasrat pemegang polisi.

InsyaALLAH, tulisan ini akan bersambung dalam posting akan datang berkenaan detail mekanisme bagaimana TAKAFUL TRUST ini dilaksanakan dan berfungsi.

 

Instrument TAKAFUL TRUST ini sesuai untuk;

1. Pemegang polisi hibah takaful / income protection sedia ada, atau

2. Baru merancang untuk melanggan polisi takaful income protection / hibah takaful, atau

3. Perunding kewangan terutama ejen takaful yang ingin menyediakan TAKAFUL TRUST untuk pelanggan.

 

Baca juga artikel : Pelan Hibah Takaful

Baca juga artikel : Hibah Takaful untuk bayar hutang?

 

Berminat untuk mengetahui lebih lanjut? 

Afyan Mat Rawi
INFAQ Consultancy

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi INFAQ Consultancy

Untuk memudahkan kami membantu Tuan/Cik Puan memiliki plan takaful ini, mohon Tuan/Cik Puan isi maklumat dibawah:

takaful trust terbaik
 
 

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Sehari dua ni banyak mesej saya terima. Tanyakan pandangan tentang…