fbpx

Takaful untuk pelaburan? Ini pengalaman sebenar pelanggan

  • 1 year ago
  • 2Minutes
  • 370Words
  • 591Views

Posting ini viral teruk sejak semalam. Tulisan berkenaan kekesalan seorang pelanggan yang kecewa dengan pulangan takaful yang dilanggan sejak beberapa tahun lepas.

Saya cari dalam posting FB bernama Mohd Faizal Maklip ini, tak jumpa pula. Ada sesiapa kenal? Kot boleh tag utk pengesahan.

Saya yakin ejen-ejen takaful yang mempromosi takaful sebagai produk pelaburan takkan kongsikan posting ini.

Saya simpati dengan apa yang berlaku. Sudah banyak kali saya kongsikan perkara in, malah siap ada ejen tak puas hati dengan perkongsian saya. Ada yang nak report kepada BNM.

Klien bayar RM1,300 sebulan selama 3-4 tahun (2019 hingga 2022) dengan kepercayaan ia adalah simpanan dan pelaburan. Total beliau bayar hampir cecah RM40,000 tapi yang dapat hanya RM7,000.

Semoga dengan posting ini dapat membuka kepada para pelanggan takaful yang masih percaya bahawa takaful adalah untuk simpanan dan pelaburan

Ya, takaful adalah simpanan dan pelaburan untuk ejen. Komisen ejen boleh cecah 40%. Bukan setakat itu, komisen ejen takaful boleh cecah sehingga 6 tahun! (Nota: Peratusan 40% hanya tahun pertama)

Sekali close klien, komisen dibayar sebanyak 72 kali. Best kan jadi ejen takaful? Sebab itu ia adalah plan simpanan dan pelaburan terbaik kepada ejen, bukan kepada klien.

Bayangkan dalam kes yang viral ini, berapa simpanan dan pelaburan yang ejen tu dah buat? 😂

Siapa nak jadi ejen takaful, boleh PM tepi supaya dapat buat simpanan begini 😌

Kalau nak buat simpanan dan pelaburan sebagai ejen takaful, boleh klik di sini

Ini tulisan penuh posting berkenaan. Kongsikan supaya mesej sebenar sampai kepada lebih ramai orang.

“…Mulai harini aq xkan percaya lagi mana2 insurance yg kata simpanan ke investment ke. Semua nyer pembohong.

Sebulan RM1300 aq byr. aq byr hampir 40k dah start 2019..bila aq nk terminated dia kata aq blh dpt rm7k je.. /investment kot bkn perlindungan. Paler bana kau.

Waktu mula nk masuk ckp lain..40k tu aq dh blh topup beli Panigale tau. Sape2 yg buat insurance yg kata simpanan ke investment ke jgn sesekali nk suh aq masuk mmg dpt maki je ko kang.

Skrg 3 insurance aq ada. Satu dh terminated, yg dua lagi ni klau pembohong siap la ko. Total insuran sebulan 2k lbih aq bayau..haishhh

40k tu klau belikan emas utk mak aq pun lagi bgus…”

#insyaallahtuhanbagirezekilain

Kredit : Mohd Faizal Maklip

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Kenapa ramai ejen takaful suka promote takaful sebagai produk pelaburan…