fbpx

Takaful vs Takaful+Simpanan

  • 2 years ago
  • 4Minutes
  • 609Words
  • 796Views

Hampir semua pelan takaful individual mana-mana syarikat takaful ada fungsi tabungan. Perkataan yg lebih tepat ialah “cash value” atau nilai tunai.

Biasanya agen takaful akan sebutnya sebagai savings atau simpanan.
Kecuali anda melanggan medical card standalone atau term takaful, memang tiada sebarang tabungan.

Apa fungsi tabungan?

Jangan samakannya dengan simpanan anda di bank. Pasti akan ada agen yang beritahu, “Tuan hanya perlu bayar takaful setiap bulan dan tuan akan dapat perlindungan, simpanan dan pelaburan.

Kemudian si pencarum pun dengan rileksnya tidak membuat sebarang simpanan peribadi di bank. Pelaburan pun tak buat kerana menyangka takaful sudah setelkan semuanya.

Baca artikel Takaful Adalah Untuk Perlindungan, Bukan Untuk Simpanan Dan Pelaburan

Mindset ini perlu dibetulkan.

Saya pernah bertemu pencarum takaful yang sudah lebih 5 tahun mencarum dengan jumlah carumah hampir RM500 sebulan.

Dijanjikan akan ada saving sekian-sekian.

Apabila dia check dengan syarikat takaful, jumlah tabungannya hanya ada sedikit sahaja. Lalu dia kecewa dan rasa dipermainkan oleh syarikat takaful.

Bank Negara Malaysia sendiri telah memberi peringatan bahawa takaful / insurans adalah untuk perlindungan, bukan untuk pelaburan dan simpanan

Pertama, kita perlu tahu bagi polisi takaful investment-link, bayaran premium ada kemungkinan meningkat mengikut tahun dan keadaan semasa. Lebih-lebih lagi jika ada medical card.

Jadi dengan adanya fungsi tabungan dalam polisi kita, ia boleh menampung kenaikan tersebut.

Kerana itu ada agen yang berani kata jumlah yang kita carum waktu muda akan kekal sehingga tua. TETAPI, ini juga mindset yang salah.

Andai kata jumlah tabungan kita berkurangan dan tidak cukup untuk menampung bayaran premium semasa, maka pihak syarikat takaful akan minta untuk dinaikkan bayaran caruman bulanan.

Kedua, tabungan itu berfungsi sebagai backup seandainya berlaku short-fall atau pelanggan tidak membuat bayaran atau apa jua sebab.

Ini pun dengan syarat duit dalam tabungan itu cukup banyak untuk membayar bulan-bulan yang tanpa bayaran.

Sekiranya tidak, polisi kita tetap akan luput (lapse).

Satu perkara yang anda kena ketahui, apabila sesuatu polisi menjanjikan nilai tunai atau simpanan yang tinggi, sudah tentu bayaran bulanan takaful tersebut juga tinggi.

Contoh polisi

Contoh, Polisi A dengan caruman RM200 sebulan dengan coverage RM100,000 dan memberi jaminan bahawa ada simpanan sekian-sekian (contoh pulangan selepas 40 tahun adalah 96,000 atau lebih) – cuba bandingkan dengan produk takaful lain dengan coverage yang sama.

Saya berani jamin, polisi lain yang memberi coverage yang sama, bayaran caruman tidak setinggi Polisi A malah jauh lebih rendah bayaran bulanannya.
Kenapa, bayaran yang tinggi itulah akan ada peruntukkan untuk dimasukkan dalam tabungan yang menjadi nilai tunai polisi berkenaan.

Sebab itu dalam pengurusan kewangan, ada satu prinsip yang berbunyi “Buy term, invest the rest”. Beli produk term, dan bakinya dilaburkan.

Contoh, situasi tadi – jika ada polisi term, kita namakan ia sebagai Polisi B – yang bayaran hanyalah RM100 sebulan dengan jumlah coverage yang sama – maka pelanggan ada lebihan RM100 sebulan yang boleh disimpan dan dilaburkan dalam produk lain.

Peruntukkan RM100 sebulan selama 40 tahun, kita hanya perlukan sebanyak 3.2% purata setahun untuk mendapat pulangan berjumlah RM96,000++. Ia ada kadar pulangan yang realistik dengan menggunakan produk akaun simpanan tetap bank. Jika pulangan 6% ia mampu menghasilkan pulangan melebihi RM191,000++.

Jadi, jika dibuat perbandingan berikut (figure sekadar contoh);

Produk A, caruman RM200, coverage RM100,000, selama 30 tahun dapat pulangan RM96,000++.

Produk B, caruman RM100, covegae RM100,000, selama 40 tahun tiada nilai tunai. Pelanggan ada lebihan RM100 disimpan dengan anggaran pulangan purata 3.2%, jangkaan simpanan selepas 30 tahun adalah RM96,000++. Jika pulangan 5% selama 40 tahun, ia mencecah RM191,000++

Figure yang diberikan adalah contoh, perlu rujuk kepada produk takaful, PDS serta illustrasi untuk mendapatkan jumlah yang betul.

Mana yang lebih baik antara kedua-duanya? Tak kisah mana-mana, masing masing ada kelebihan tersendiri. Yang penting, kita sebagai pelanggan tahu kos produk kewangan yang kita langgan. Tiada produk sempurna. Yang ada ejen yang berbeza penerangan.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Sebahagian komisen Team Marketing Representative Bukan. Bukan ini bukan duit…