fbpx

Tazkirah Jumaat oleh PU Tn Garu Hj Afyan Mat Rawi

  • 5 years ago
  • 2Minutes
  • 307Words
  • 323Views

(i)
Rezeki bukan sekadar harta,
Rezeki bukan sekadar pendapatan yang berjuta,
Rezeki bukan sekadar wang yang berhasta-hasta,
Rezeki bukan sekadar rumah dan kereta,
Rezeki bukan sekadar hartanah yang bertimbun di desa dan di kota,
Rezeki bukan sekadar pelaburan yang banyak laba.

(ii)
Memiliki isteri yang solehah dan sejuk mata memandang, juga adalah rezeki,
Meskipun wajahnya tidaklah secantik bidadari.

Mempunyai suami yang soleh juga adalah rezeki,
Biarpun wajahnya tidak sekacak artis hindi.

Ada orang yang kaya, tapi membujang sampai ke tua,
Allah rezekikan harta, tapi tiada rezeki pasangan hidup tercinta.

Zuriat yang banyak juga adalah rezeki,
Anak-anak yang soleh dan solehah juga adalah rezeki,
Ada orang yang sudah lama kahwin pun, Allah belum kurniakan rezeki anak sehingga kini.

Keluarga yang bahagia juga adalah rezeki,
Inilah yang memberi ketengangan abadi.

Rumah kediaman yang selesa biarpun kecil juga adalah rezeki,

Kesihatan yang baik juga adalah rezeki,
Ada orang yang Allah rezekikan harta, tapi tiada rezeki kesihatan jasadi.

(ii)
Harta yang banyak mampu membeli rumah yang besar dan mewah,
Tapi belum tentu membeli sebuah kebahagiaan sesebuah usrah.

Harta yang banyak mampu membeli sebuah tilam yang empuk dan selesa,
Tapi belum tentu mendapat tidur yang lena.

Harta yang banyak mampu untuk memikat wanita setiap saat,
Tapi belum tentu mendapat isteri yang taat.

Harta yang banyak mampu membayar untuk hospital dan doktor yang pakar kesihatan,
Tapi belum tentu mendapat sebuah kehidupan.

Harta yang banyak boleh digunakan untuk membeli kediaman paling berharga,
Tapi belum tentu menjamin penghuninya hidup bahagia.

Harta yang banyak mampu untuk membayar kos pendidikan yang paling mahal di universiti paling cemerlang,
Tapi belum tentu mampu melahirkan insan yang cemerlang.

Harta yang banyak mampu membeli jam yang berkualiti,
Tapi belum tentu membeli masa yang berkualiti.

(iv)
Rezeki bukan sekadar harta!

Tazkirah Jumaat oleh PU Tn Garu Hj Afyan Mat Rawi.

(Baca stail PU Toha a.k.a Dr T di Zayan FM)

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
“Maka berbahagialah mereka yang sudah memasang RFID pada kenderaan tatkala…