fbpx

Tempoh menunggu Medical Card

  • 2 years ago
  • 2Minutes
  • 295Words
  • 602Views

Dipetik dari FB INFAQ Consultancy

Seorang pelanggan bertanya;

“Adakah saya boleh terus menggunakan medical card yang saya sign up ini apabila diterima nanti?”

Baiklah, biar saya terang

kan.

Apabila submit sahaja proposal dan bayaran pertama diterima, maka anda layak untuk menerima pampasan kematian akibat kemalangan.

Apabila proposal lulus, perlindungan rawatan akan bermula serta-merta untuk kemalangan. Sama ada untuk rawatan kemasukan ke wad atau rawatan pesakit luar.

Untuk rawatan pesakit luar biasanya pay & claim.

Selepas 30 hari adalah perlindungan untuk sakit biasa contohnya demam denggi, keracunan makanan dan sebagainya.

Selepas 60 hari pula akan bermula perlindungan untuk sakit-sakit kritikal.

Tetapi, ada beberapa penyakit tertentu yang memerlukan tempoh menunggu sehingga 120hari yang dipanggil sebagai sakit spesifik.

Penyakit2 tersebut ialah

  • tekanan darah tinggi,
  • kencing manis dan kardiovaskular,
  • Semua tumor,
  • kanser,
  • sista,
  • nodul,
  • folip,
  • batu dalam sistem kencing dan sistem biliari;
  • Semua penyakit telinga, hidung dan tekak (ENT);
  • Hernia,
  • hemoroid,
  • fistula,
  • hidrosele,
  • varikosele;
  • Endometriosis termasuk penyakit melibatkan sistem pembiakan;
  • Gangguan spina vertebro (termasuk diska)
  • dan penyakit lutut.

Walaupun claim untuk penyakit spesifik tersebut dibuat selepas 120 hari polisi berkuatkuasa, pihak syarikat masih boleh menyiasat untuk memastikan sakit tersebut tidak wujud dalam tempoh 120 hari itu.

Jika sakit wujud dalam tempoh 120hari polisi berkuatkuasa pihak syarikat berhak untuk menolak tuntutan tersebut sama ada klien sedar atau tidak akan kewujudan sakit tersebut.

Selain tempoh di atas, ada satu lagi term yang dipanggil sebagai “contestable period”. Biasanya selama 2tahun.

Bermaksud jika ada keraguan pada claim yang dibuat oleh client, pihak syarikat boleh membuat siasatan atau investigation pada claim tersebut.

Jadi daftarlah medical card anda seawal yang mungkin semasa anda sihat dan jangan SEMBUNYIKAN SEJARAH SAKIT ANDA.

Kredit: Ajian Kamarudin

INFAQ Consultancy

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Sekiranya 19 tahun dahulu ketika saya grad daripada UIA sudah…