fbpx

Terima ugutan saman, inilah harga yang perlu dibayar untuk membongkarkan sisi hitam industri takaful

  • 1 year ago
  • 3Minutes
  • 529Words
  • 524Views

Inilah harga yang perlu dibayar apabila membongkar sisi hitam industri takaful dan insurans. Baca di sini.

Staf maklumkan, ugutan saman daripada individu yang sama. Kali ini dia bagi masa sampai jam 12.

Saya minta staf saya reply: Saya tunggu saman dia.

Rujuk juga posting di sini

Ini bukan kali pertama ugutan sebegini. Alhamdulillah, saya masih mampu bertahan selama 20 tahun dalam industri kewangan.

Sejak 20 tahun lalu saya berada dalam industri kewangan, bersepah cara marketing misleading yang dilakukan ejen-ejen tetapi dipandang sepi oleh ejen-ejen senior.

Kata mereka, tak perlu kecohkan sangat. Fokus kepada promosi produk kita dan tak perlu nak berlagak jadi hero.

Akibatnya, masyarakat terus-menerus rasa tertipu dengan tindakan segelintir ejen yang menipu dan misleading.

Antara misleading yang banyak kali saya bongkarkan

  • 1. Medical card rider lagi bagus daripada stand alone sebab ada saving, harga tak naik. Hakikatnya, dalam masa kurang 5 tahun dah beberapa kali naik.
  • 2. Daripada simpan di ASB dan TH, lebih baik simpan di takaful sebab nanti harta beku. Walhal tak jadi beku pun kalau diuruskan dengan betul. Isu harta beku boleh diatasi dengan cara lain.
  • 3. Melanggan takaful untuk simpanan, pelaburan dan persaraan. Walhal simpanan, pelaburan dan persaraan untuk ejen.
  • 4. Hibah takaful menyelesaikan masalah pusaka umat Islam. Walhal belum tentu dapat selesaikan lagi jika pengurusan pusaka tergantung.
  • 5. Plan takaful allocation 90% masuk ke Tabung Haji. Walhal tak sampai 10% pun yang masuk sebagai simpanan, 90% lagi kos wakalaj fees.
  • 6. Sama sahaja insurans dengan takaful.
  • 7. Tipu proposal dan tipu polisi.

.. Dan banyak lagi istilah-istilah pelik dalam takaful untuk close deal dan dapat komisen besar.

Mungkin ada yang kata selalunya yang misleading begini ialah ejen baru.

Betul, tak mustahil ia dilakukan oleh ejen baru. Tapi sudah barang tentu ejen baru itu diajar oleh ejen lama yang senior dan leader ejensi.

Ya, mungkin ejen baru tu tak tau ia misleading. Tapi barang diingat, ejen baru tersebut diajar dan dilatih oleh ejen dan leader yang senior.

Ejen baru takkan berani buat promosi misleading seperti ini kalau tak dapat restu ejen senior, leader dan ejensi.

Ejen baru ini kemudiannya menjadi ejen senior dan leader, ajar benda sama kpd ejen baru saban tahun.

Ia bukan salah produk, tapi salah ejen dan ejensi yang misleading.

Jika dulu promosi mereka menggunakan terma “medical card 3 in 1”, tahun 2022 dah tak guna sangat sebab dalam masa hampir 10 tahun, dah beberapa kali caruman medical card meningkat.

Saving pun dah ke laut.

Jika orang luar yang bongkar, akan ada ejen takaful yang kata orang luar tak faham.

Jika orang dalam industri yang bongkar, dikata pula dengki.

Saya taknak buka tabung milo. Cukuplah kalau ada yang support melalui beliau buku-buku saya.

Antaranya, buku Tersontot Di Pintu Shorga

Dalam buku ini saya berkongsi pengalaman melawan scammer sehingga pernah disaman, pernah kena ugut, pernah bonzer datang ke ofis.

Klik di sini Buku Tersontot di Pintu Shorga
Klik di sini Buku Tersontot di Pintu Shorga
Klik di sini Buku Tersontot di Pintu Shorga

Oh ya, ada juga promosi pakej Buku Bijak Merancang Wang + Buku Tersontot Di Pintu Shorga dengan harga RM49 sahaja. Biasanya kalau beli berasingan, buku BMW RM49 + buku sontot RM15, tapi dengan harga PROMOSI, ia hanya RM49 tak termasuk postage. Klik link di bawah

Buku Bijak Merancang Wang + Buku Tersontot Di Pintu Shorga

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Saya baru tambah, kes-kes misleading yang pernah saya dedahkan 1.…