fbpx

Term-Term Dalam Takaful

  • 4 years ago
  • 2Minutes
  • 349Words
  • 323Views

Dipetik dari FB Syafiq Ashraff

Meh sini nak cerita sikit term-term dalam takaful ini. Mana yang rajin tu jemput-jemput baca noh…

1. Takaful ni adalah produk perlindungan yang mana ia perlu dirancang bersama-sama “saving” dan “investment” anda

2. Fungsi utama takaful adalah untuk melindungi tiga perkara:
a. Perlindungan pendapatan
b. Pengekalan aset
c. Penyelesaian hutang

3. Hibah tu apa? Hibah tu adalah wang pampasan kematian jika berlakunya musibah kematian kepada orang dilindungi. Jadi wang pampasan tu anda boleh tentukan nak bagi pada siapa ikut hasrat anda.

4. Kenapa perlu hibah? Kerana itu adalah aset mudah cair dan paling cepat boleh dapat kepada waris.

5. Jika tak buat hibah? Boleh juga, tapi anda perlu letak penama. Tugas penama adalah untuk menguruskan wang pampasan tadi mengikut cara faraid. Kerana wang tadi telah jadi harta pusaka si mati.

6. Apa itu pampasan sakit kritikal? Jika anda diagnosis sakit kritikal, anda akan dapat pampasan tersebut berdasarkan perlindungan yang anda telah ambil mula tadi. Bukannya pampasan itu akan pergi ke hospital, tapi ia akan direct kepada anda. Jadi ia boleh digunakan untuk kos rawatan serta ubatan anda di luar hospital. Sebabnya jika diagnosis sebagai sakit kritikal, bukan selamanya kita akan tinggal di hospital.

7. Apa itu PA? PA adalah pelan kemalangan (personal accident). Anda boleh klaim pampasan tersebut jika hanya anda kemalangan sahaja. Selalunya perlu sediakan dokumen laporan doktor dan laporan polis sebagai rujukan pihak takaful.

8. TPD apa pulak? TPD tu ialah total permanent disability. Ianya adalah pampasan untuk cacat kekal atau lumpuh. TPD ni boleh terjadi akibat kemalangan atau sakit seperti strok.

9. Medikal kad? Ingat, medikal kad ni bukanlah kad magik tau. Ia hanya boleh diguna pakai jika anda dimasukkan ke dalam wad. Tak kisah la akibat kemalangan atau sakit. Fungsi utama medikal kad ni adalah untuk ringankan beban anda jika perlu dimasukkan hospital dan perlunya pembedahan. Namun ada juga medikal kad yang ada terma ‘pay and claim’ untuk kes kemalangan. Yang ni hampa kena pandai survey la noh…

Kalau ada lagi yang tertinggal dan hampa rasa konfius sangat pasal takaful ni, boleh tanya dekat ruangan komen ok 👌

Syafiq Ashraff Malik
INFAQ Consultancy

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Kenapa saya katakan pelik? Sebab ia MLM tapi yak perlu…