fbpx

Throw Back, 3 Tahun Lalu

  • 2 years ago
  • 2Minutes
  • 250Words
  • 306Views

Throw back, 3 tahun lalu. Masa ni badan gempal sikit, sekarang dah maintain sikit la 😌

Waktu ini saya agak aktif melawan dengan scammer. Tak silap saya masa tu yang saya lawan ialah syarikat rumah Alfafa dan Skim Kopi Pak Belalang.

Siapa ingat lagi? Siapa yang follow saya masa ni? Kalau yang follow saya masa ni selalunya ada beberapa kategori;

1. Mangsa yang dah sedar kebobrokan yang berlaku. Follow untuk cari maklumat dan mengadu masalah. Tak tahan saya terima mesej bertubi-tubi.

2. Player yang masih aktif mencari mangsa. Follow untuk cari kesalahan. Pantang jumpa kesalahan, akan dicanang satu dunia. Yang pakai akaun fake, akan saya blok. Akaun original saya biar je. Sebab kebenaran tak takut kepada haters.

3. Pemakan pop corn. Yang ni paling best. Depa ni terselamat dari jadi mangsa sebab sempat follow sebelum jadi apa-apa. Kadang-kadang jadi tukang bakar. Sikit, sikit tag saya. Hahaha

Ada yang follow saya dari sini? Cer komen dan nyatakan kategori yang mana.

Pengalaman lawan Alfafa, ARBA serta scammer lain seperti Mecca Fund, Tok Belagak, Infinity Downline dsb – dibukukan dalam naskhah “Tersontot Di Pintu Shorga” pada tahun sama, terbitan Puteh Press, sebuah rumah penerbitan Indie.

Kalau saya terbitkan kembali dalam bentuk video dan ebook, agaknyalah ada sambutan tak?

Kalau ramai berminat, boleh saya usahakan. Paling kurang, saya buat ia sebagai amal jariah saya.

Nak tengok video saya temuramah dengan Channel News Asia? English memang berterabur pakai slang Wakanda sampai reporter tu surrender. Hahaha…

Nak tengok video lain dan panduan kewangan, klik eSeminarBMW

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Ini senarai jualan dan komisen ejen-ejen affiliate #eSeminarBMW SEMUA ini membuat…