fbpx

Tiada Duit Buat Cara Orang Tiada Duit

  • 4 years ago
  • 6Minutes
  • 1155Words
  • 629Views

Insaffff saya baca sharing dari Ustaz Hakim Mohd Nor.

Dipetik dari FB Hakim Mohd Nor.

DAH TAHU TAK ADA DUIT, KENAPA GATAL PERGI BERSALIN KAT HOSPITAL SWASTA!

gambar sekadar hiasan

 

Sentap! Rasa nak nangis masa tu juga. Saya pernah kena marah macam ni. Perasaan tu rasa macam disiat siat. 😭

Saya ingat lagi detik tu. Tak kan saya lupa sampai bila bila.

Masa tu saya di lobi hospital. Anak saya yang sulung baru sahaja lahir. Tiba tiba dapat makian begitu. apa ceritanya?

Gini ceritanya. Siapa tak excited dapat anak kan? Macam tu lah saya. Sebaik sahaja tahu isteri mengandung, saya mula menyimpan wang sedikit demi sedikit. Saya hajat nak pilih tempat bersalin di hospital swasta.

Alhamdulillah , ada beberapa tempat jemput saya berceramah. Adalah dapat duit poket lebih sikit.

Duit tu saya simpan tepi. Memang niat untuk kos bersalin di hospital swasta tu. Bukan sebab hospital kerajaan tak bagus, tapi sebab dekat hospital swasta boleh pilih doktor perempuan untuk kelahiran anak.

Selepas beberapa bulan, Alhamdulillah duit simpanan akhirnya cukup seperti yang ditarget.

Saya ingat ingat semuanya ok. Tapi Allah beri ujian di pertengahan tu. Tanpa saya duga, ada beberapa program yang pembayarannya agak lewat masuk. Jem jugak kepala memikirkan..mana nak cari duit lebih ni.

Hinggakan, saya terpaksa mengorek duit dari tabung simpanan kelahiran anak tu. Allahu. Saya fikir, masih cukup lagi ni. Saya duk pujuk hati, all is well..insya Allah semua ok.

Rupanya, sesuatu yang saya tak sangka berlaku. Anak saya perlu lahir secara pembedahan caesar . Ini bermakna, kos perubatan akan naik. Allahu.

Kena pula anak saya ni lahir pada cuti umum. Maka cajnya semakin meningkat berganda. Allahu.

Waktu tu, rasa tak keruan. Serba tak kena. Nak berdiri tak kena. Duduk tak kena. Jalan mundar mandir. Setiap masa rasa risau. Dalam kepala ni, dok risau tak mampu bayar kos perubatan yang mungkin tinggi.

Dalam risau tu, gagah jugak la pergi ke kaunter kewangan. Saya tanya, berapa ya bil terkini? Lepas orang di kaunter tu jawab aje , rasa macam nak pengsan aje! Ternyata, kos perubatan sudah melebihi duit simpanan saya! Macamana nak buat ni?

Boleh bayang tak macamana perasaan saya masa tu? Ia bukan seperti yang kita rancang. Duit simpanan memang tak cukup. Apa jalan keluar? Waktu tu saya tak fikir apa, mesti pinjam dari orang lain!

Dengan muka yang cukup tebal, saya gagahkan diri telefon beberapa orang rakan.

Alhamdulillah, ada beberapa rakan yang sudi membantu. Tapi duit masih tak cukup. Saya teruskan menelefon kenalan lain.

Tiba tiba, sampai kat sorang kawan saya ni, elok aje saya ceritakan keadaan saya, terus dia herdik dan marah saya.

Dah tahu tak ada duit, kenapa gatal pi bersalin kat hospital swasta!

Sampai sekarang saya ingat lagi detik tu.

Allahu. Memang luruh jantung rasanya bila dengar sindiran dia. Rasa malu sangat. Kalau anda di tempat saya masa tu, memang boleh rasa muka tu merah meremang dan telinga kepanasan.

Tapi, saya tak boleh nak balas. Saya sedar itu kesilapan saya sendiri. Dah tersepit, baru terngadah.

Walhal, sebelum sebelum itu, Allah dah bagi banyak rezeki kat saya merasa buat jualan 6 hingga 7 angka.

Tapi saya buat kesilapan paling besar dalam kewangan. Saya tidak menyimpan! Ya, saya tiada simpanan kecemasan walau pernah hit sales menggunung tinggi.

Rupanya, dapat buat sales sejuta ni tetap miskin kalau perbelanjaan kita dua juta sebulan. Allahu. Yang penting, berapa banyak yang kita dapat simpan dari pendapatan kita.

Sebab tu, bila tak ada simpanan dan kena hadap waktu terdesak macam ni, jadi mati kutu tak tahu nak buat apa. Allahu.

Sejak hari tu, saya nekad, saya tak nak lagi lalui pengalaman pedih macam ni. Saya berjanji kepada diri saya, saya tak nak keluarga saya hidup susah sebab saya tak pandai jaga kewangan.

Perlahan lahan, Saya mula belajar ilmu pengurusan kewangan. Saya follow sifu itu dan ini. Saya beli dan baca puluhan buku kewangan. Pergi seminar itu ini.

Dari situ, Baru saya tahu, kena buat simpanan 6 bulan wang kecemasan..Allahu , jahilnya saya waktu tu. Tak tahu apa.

Dan pengalaman kena herdik itu sangat mahal rupanya. Ia mengajar saya bangkit . Saya elakkan buat jenayah kewangan. Saya tak buat keputusan silap masa beli kereta. Saya mula menyimpan sedikit demi sedikit. Buat pelaburan yang betul. Mula buat protection income. Mula belajar apa itu pasif income.

Alhamdulillah, setelah beberapa ketika, semuanya berubah. Kalau dulu, siang malam kena kerja cari duit. Kini ,duit pula bekerja untuk saya. Alhamdulillah, semuanya berkat menuntut ilmu yang betul.

Untuk sampai ke tahap ini, Saya terpaksa bayar dengan “yuran” yang sangat mahal! Kena marah dan herdik! Kena perli. Rasa malu dengan isteri dan keluarga. Semuanya ada.

Sebab tu, saya tak nak anda lalui pengalaman pahit ini lagi. Saya tak nak anda hadapi masalah situasi kewangan yang tidak dijangka.

Saya sayang anda. Saya tak nak anda ulangi kesilapan saya dahulu. Saya percaya, dengan ilmu yang betul, anda boleh jadi jutawan dan duit bekerja untuk anda.

Sebab itu, bila sahabat saya Afyan Mat Rawi buat kompilasi 17 video dan 1 ebook berkaitan bagaimana menguruskan wang, saya cepat cepat dapatkan. Bila saya tengok, wah, inilah ilmu mahal yang semua orang kena ada.

Tak cukup dengan itu, saya siap promote semua orang dapatkannya.

Sebab apa? Sebab saya percaya, inilah ilmu mahal yang boleh menyelamatkan anda dari perangkap dan neraka wang. Seriously, saya memang tak nak anda kena hadap pengalaman buruk macam yang saya pernah alami.

Kalau dikira, ilmu ini bernilai ribuan ringgit. Ye lah, satu video sahaja dah berapa ratus ringgit nilainya. Kalau dah 17 video, memang cecah ribuan ringgit.

Berita baik. Anda tak perlu keluarkan ribuan ringgit untuk dapatkan ilmu mahal ini. Ratusan ringgit pun tak perlu. Hanya serendah RM 50 sahaja dah boleh dapatkan. Fuuh. Padu ni.

Ya, mula2 tu macam tak percaya gak. Murah sangat ni! Rupanya masa mula mula Tuan Afyan lancarkan, hanya RM 20 aje harganya. Lagi murah. Fuuh.

Tapi, sekarang Harga dah makin naik. Sebelum ni RM 40. Sekarang dah RM50. Dan akan naik lagi.

Sebab tu jangan terlewat untuk dapatkan ilmu mahal ni. Kena dapatkan sekarang tau sebelum harga makin naik.

Teringin nak dapatkan? Alhamdulillah. Saya ada share kat ruangan komen link untuk dapatkan dia. Gunakan link yang ada tulis ironman tu tau.
.
Sebab apa? Kalau dapatkan dari link ironman tu, saya sendiri akan bagi jaminan untuk pulangkan wang semula kepada anda kalau anda tak berpuas hati dengan pembelian ni.
.
Ya. Saya ganti balik duit anda kalau anda tak ouas hati dengan ilmu dalam tu. Tuan Afyan pun tak offer macam ni. Sebab apa saya sanggup buat offer ni? Sebab saya nak sangat2 bantu anda ubah hidup. Seriously, saya nak sangat bantu anda.
.
Syaratnya, dapatkan ilmu dari link yang saya share ini. Kalau dari link lain, tiada jaminan wang dikembalikan ni tau. Huhu..khas dari iron man avengers ni untuk anda. Hehe.
.
Ok. Bertindak sekarang tau! Klik cepat cepat sebelum harga makin naik.
.
Saya doakan semua yang miliki ilmu mahal ni jadi jutawan dan capai financial freedom. Amin.
.
Dapat sesuatu? Kalau anda rasa posting ini bermanfaat, boleh bantu saya SHARE dan TAG kawan anda?
.
Terima kasih ya
.
Ustaz Hakim Avengers
Ayah yang insaf.

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Sebenarnya mereka tidak ada masalah kewangan, tapi mereka ada masalah…