fbpx

Tip Beli Rumah Ketika Gawat. No 10 Paling Penting!

  • 4 years ago
  • 3Minutes
  • 391Words
  • 954Views

Tip Membeli Rumah Kediaman Di Zaman Gawat.

Seorang rakan bertanya saya nasihat saya utk membeli rumah utk didiami pada zaman gawat sebegini.

Ini respon saya;

1. Beli rumah subsale, yakni rumah “2nd hand” dan bukan rumah under construction. Lepas selesai urusan jual-beli boleh terus tinggal.

2. Beli di bawah market value. Sekarang baaaaaaanyak pemilik rumah yg nak jual rumah di bawah harga market rentetan kegawatan ekonomi. Masa beli sudah untung, dpt harga diskaun. Pandangan peribadi saya, sekarang memang waktu thorrrrbaik untuk beli rumah subsale. Sebab, supply terlalu banyak.

3. Rumah di dalam pembinaan? Lebih baik jangan. Dibimbangi ia terbengkalai. Saya tulis DIBIMBANGI, jika ada yang beli maka lakukan due diligence.

4. Maksimakan pembiayaan bank dan tempoh pembiayaan, supaya dpt minimakan pembayaran bulanan. Cashflow bulanan stabil.

5. Pilih bank yang nilaikan harga yang tinggi supaya dpt maksimakan pembiayaan sekaligus dpt minimakan wang keluar. Apabila beli rumah yg di bawah market value, byk kos dpt dikurangkan.

6. Beli rumah yg installment lebih rendah berbanding sewa bulanan. Kalau installment lebih tinggi daripada sewa, lebih baik sewa. Cari rumah flat atau apartment. Janganlah cari rumah teres 2 tingkat atau mimpi nak banglo dengan kolam renang dan lif. Memang susah sikit nak cari, kena usaha lebih sikit. Tapi kalau ada dapat yang bayaran ansuran tinggi dari kadar sewa, tak mengganggu aliran tunai, boleh dipertimbangkan.

7. Menyewa atau membeli rumah yg mahal sedikit tapi dekat dengan tempat kerja atau pengangkutan awam, MUNGKIN lebih baik daripada membeli rumah yg murah tapi jauh dari tempat kerja kerana kos ulang-alik dari rumah ke tempat kerja mungkin boleh menampung kos menyewa atau membeli rumah yg dekat dengan tempat kerja. Kos termasuk masa, selain kos petrol, tol, maintenance dsb.

8. Usaha cari rumah dengan semua ciri di atas kena lakukan dengan bersungguh-sungguh, bukan dengan bersungut-sungut. Bersungut takkan membantu.

9. Tak jumpa rumah? Kena rajin godek website-website yang ada iklan rumah. Kena rajin berkawan dengan ramai ejen-ejen hartanah / REN.

10. Dah jumpa tapi duit deposit tak cukup? Application kena reject? Takpa, better late than never. Simpan duit dari sekarang, betulkan balik kewangan, kembali ke pangkal jalan. Peluang umpama bas, sekali terlepas, akan ada bas lain datang. Kalau bukan hari ini, mungkin hari esok. Kalau bukan minggu ini, minggu depan. Kalau bukan tahun ini, tahun depan! Yang pentiiiiiiing……. Simpan tetap simpan!

Afyan Mat Rawi, IFP

Belajar ilmu kewangan melalui e-learning Seminar Bijak Merancang Wang #eSeminarBMW. Klik sini

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

 

 

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Seorang wanita bertemu dengan saya untuk mendapat khidmat nasihat kewangan.…