fbpx

Tip Berjimat di Bulan Ramadhan dan Menjelang Musim Perayaan

  • 5 years ago
  • 2Minutes
  • 289Words
  • 492Views

TIP KEWANGAN DI BULAN RAMADHAN DAN MENJELANG MUSIM PERAYAAN

Boleh berjimat beribu-ribu RM dengan cara ini.

Jangan pergi bazar Ramadhan.
Kelaparan boleh menjadikan kita hilang akal dan bernafsu besar untuk membeli makanan.
Kan balik kerja awal? Jadi apa salahnya masak sendiri.
= Total penjimatan RM10 sehari x 30 hari = RM300.
(Andaian purata belanja di bazar Ramadhan RM10, dapat jimat RM300 sebulan)
Itu kalau RM10 sehari?
Kalau RM15 sehari? Kalau RM20 sehari? WOW!!!

 

Jika sehari makan dengan kos RM30 sehari, boleh dijimatkan kepada RM20 sehari.
= Total penjimatan RM10 sehari x 30 hari = RM300.
Boleh berbuka puasa di masjid.
Dapat pahala iktikaf 🙂

 

Berbuka puasa di masjid.
Bawa sekali anak, isteri ahli keluarga. Jika kos makan sehari RM30, maka dapat jimat hampir RM1,000 sebulan.
Alang-alang berbuka, stay sampai tarawih sekali, baru berkat dan tak nampak sangat datang masjid sebab nak makan
= RM30 sehari x 30 hari = Jimat RM1,000.
Kalau dapat stay sampai ke sahur pun bagus.
Boleh gunakan lagi baju raya tahun lepas, orang bukan perasan pun.
Kalau perasan pun “ada aku kisah?” Bukan dia nak bayar pun kalau kita beli, kan?
= Jimat RM50 Itu kalau sepasang.
Kalau 2 pasang? Kalau 3 pasang?
Kalau satu keluarga?
Jika mahu juga beli baju baru, beli yang boleh dipakai pada hari-hari biasa.
Bukan beli yang pelik-pelik. Jika tidak, baju itu akan terperuk di dalam almari selepas raya dan setahun kemudian sudah lusuh atau sudah tidak muat.
= Jimat secara subjektif
Tak perlu tukar kereta baru.
Cat baru sudah memadai.
= Jimat RM5,000 ke RM10,000 deposit.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
(2021: Perasan tak, sekarang ni pelaburan ASB Financing dah agak…