fbpx

Tip Bisnesman Mendidik Anak Gaya Dr Tengku Asmadi

  • 9 years ago
  • 2Minutes
  • 354Words
  • 310Views

Tempoh hari saya mendengar slot bersama YM Dr Tengku Asmadi, dalam rancnagan Permata Hatiku di radio IKIM.fm pilihan utama.

Beliau bukan satu nama asing di negara ini, sebagai seorang tokoh motivasi dengan modul utamanya Motovasi Alihan Pelajar.

Dalam rancangan berkenaan, ada pelbagai topik berkisar skil-skil keibubapaan yang dikongsi beliau bersama dengan para pendengar.

Malah, panggilan telefon bertalu-talu daripada para pendengar untuk meluahan permasalahn yang dihadapi oleh ibu bapa untuk dijawab oleh Dr Tengku Asmadi.

Namun, dalam banyak perkara yang dikongsi, ada sesuatu yang menarik perhatian saya yang masih terngiang-nginag di pemikiran saya.

Dalam slot tersebut, ada seorang pemanggill mengadu tentang kesibukan dirinya menguruskan  bisnes sendiri sehingga perhatian terhadap anaknya terabai.

”Saya balik rumah jam 5 petang kemudian keluar rumah jam 9 malam”, kata pemanggil itu.

”Puan buat apa keluar malam-malam ni?” tanya Dr Tengku Asmadi.

”Saya keluar bekerja sendiri”, jawab pemanggil itu.

”Jadi Puan melakukan bisnes sendirilah?”, tanya Dr inginkan pengesahan.

”Ya, saya Dr”, kata  pemanggil tersebut.

Respon yang dikemukan oleh Dr Tengku Asmadi terhadap persoalan yang dibangkitkan oleh wanita bisneswomen tersebut membuatkan saya teruja untuk mengaplikasinya.

Kata beliau ”Dalam bisnes, kita lihat orang Cina yang kebanyakannya berbisnes dan kita tengok bagaimana mereka mendidik anak mereka. Mereka bawa anak mereka ke pejabat atau ke kedai”.

Dalam memberi respon itu juga, Dr Tengku mengambil cntoh dan pengalaman dirinya sebagai seorang usahawan yang bekerja sendiri sejak 1995.

Kata beliau, ketika memulakan bisnesnya dahulu beliau memang membawa sekali anak-anaknya ke pejabat. Ini katanya, selain dapat mengeratkan hubungan dengan anak-anak, ia juga dapat memberi gambaran kepada si anak tentang kerjaya si ayah. Ini sekalgus membuatkan anak-anak berfikir ”Oh, begini rupanya ayah aku bekerja”.

Katanya juga, orang Cina menjadi bijak matematik kerana sedari kecil anak-anak ini sudah dilatih mengira di kedai tempat ayah atau ibu mereka berniaga.

Pengalaman beliau yang masih terngiang-ngiang dalam fikiran saya ialah, pernah satu hari beliau dan keluarganya termasuk isteri dan berapa orang anaknya tidur di dalam kereta di hadapan pintu pagar rumah akibat terlalu letih pulang dari kerja jam 1 pagi!

Sehinggakan, jiran sebelah rumahnya terfikir ”Oh, agaknya Dr tertinggal kunci rumah”.

Ia sesuatu yang amat praktikal untuk dipraktikkan untuk para bisnesman di luar sana termasuk saya!

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

2 Comments
    • Avatar

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Soalan daripada Tuan Hamidi Zamri melalui FB www.facebook.com/RahsiaTakaful : "xde duit gaji…