fbpx

Tip RM | Checklist Akhir Kewangan Raya

  • 5 years ago
  • 1Minute
  • 184Words
  • 291Views

Tip RM | Checklist Akhir Kewangan Raya.

(Sepatutnya nak update malam tadi)

1. Jangan lupa zakat fitrah. Kalau tak bayar, menyesal tak sudah. Puasa kita jadi sia-sia sahajalah.

2. Pastikan renew roadtax kereta. Polis trafik tak kira siapa pun kita. Kecuali memang pasang niat nak bagi duit raya pada mereka.

3. Hati-hati dengan bajet raya. Duit gaji yang baru diterima, nak guna sampai hujung bulan berikutnya. Bukan nak kena habiskan seminggu dua.

4. Duit raya hanya adat, bukan syariat. Jika amalkan jangan sampai mudharat. Jika tinggalkan, tak hilang berkat.

5. Baju raya tak semestinya baju baru. Boleh sahaja pakai baju yang dulu-dulu. Lagipun bukannya orang tahu.

6. Caruman takaful jangan sengaja-sengaja tak bayar sebab nak jimat wang belanja. Tak tahu bila musibah datang melanda, tak kira hari biasa lebih-lebih lagi hari raya.

7. Kalau anak dapat duit raya, ajar supaya berpada-pada. Ajar anak tabiat menyimpan, untuk kegunaan di hari muka.

8. Raya, raya juga. Jangan sampai tak ingat dunia. Jangan guna prinsip “biar papa asal bergaya”. Guna prinsip “biar tak kaya, asal dapat raya dengn bahagia”.

Ada lagi nak tambah apa-apa yang ada kaitan dengan kewangan raya?

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Berapa like untuk masjid cantik ini? Ini namanya Masjid Lapan…