fbpx

Tip RM | Memulakan Pelaburan

  • 3 years ago
  • 2Minutes
  • 377Words
  • 364Views

7 tip awal sebelum memulakan pelaburan.

 

01

1. Mulakan melabur dlm ilmu. Beli buku, datang seminar, datang kursus dll. Mentor kami berpesan, jika mahu melabur dlm hartanah, baca sekurang-kurangnya 10 buah buku tentang hartanah. Lebih banyak lebih baik.

02

Disiplinkan membuat simpanan sebelum mengambil risiko melabur. Jika simpanan pun tak berapa hendak boleh buat, jangan harap hendak membuat untung dengan melabur. Pelaburan sejuta kali lebih sukar dari menyimpan.

03

Selesaikan hutang-hutang jahat seperti hutang kad kredit, hutang personal loan, hutang court mammoth, hutang kereta kedua, hutang kereta baru yg tukar dua tiga tahun sekali, hutang kutu, hutang sontot dan sebagainya. Kalau hutang keliling pinggang, nanti anda akan melabur dengan penuh emosi.

04

Cukupkan simpanan sebanyak bersamaan 3 ke 6 bulan gaji. Selepas cukup simpanan tersebut, barulah mulakan simpanan menggunakan wang lebihan simpanan bukan wang simpanan.

05

Jangan sekali-kali mulakan pelaburan menggunakan hutang. Jika ads ejen / broker / wakalah mengajar utk melabur dgn membuat pinjaman yg tak pernah anda melabur – lari jauh-jauh dgn kelajuan 1000km/j.

06

Jika berurusan dgn ejen, pilih ejen yg turut melabur dlm pelaburan yg dia promosikan. Jika pelaburan hartanah, pilih ejen yg turut melabur hartanah. Jika broker saham, pilih broker yg turut melabur dan untung dlm saham. Bukan apa, utk dptkan success story pelaburan mereka utk dijadikan panduan.

07

Jgn semata-mata bergantung harap kpd ejen. Biar kita yg memantau pelaburan kita. Mereka hanya sebagai pemudah-cara utk pelaburan kita, bukan pengurus dana kita.

Nota kaki;

– Kini ada platform Single License Investment yg membantu pelabur memantau dan melihat prestasi 350 lebih dana-dana pelaburan saham amanah di Malaysia dari 27 syarikat.

– Paltform tersebut “fame” yg boleh juga download melalui Google Play dan Apple Store. Tapi hanya pelabur shj boleh login.

– Berminat gunakan platform tersebut utk pelaburan melalui tunai dan KWSP? Sila isi borang di bawah

Ingin melabur menggunakan KWPS atau Tunai?(required)

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
ERTI MERDEKA Erti MERDEKA bagi seorang pejuang ialah apabila dapat…