fbpx

Tips Elak Kena Scam

  • 3 years ago
  • 2Minutes
  • 239Words
  • 381Views

Saya nak bagi satu tips yang paling ampuh untuk mengelakkan kita kena scam.

Tips ini sesuai untuk berhadapan dengan kawan-kawan, saudara mara, ahli keluarga, pakcik makcik, sepupu sepapat, saudara crush yang mengajak kita join bisnes atau MLM atau pelaburan dengan modal ribu-ribu dan dijanjikan pulangan yang tooooo good to be true.

Contohnya, modal RM1,000 boleh dapat untuk 10% setiap bulan. Atau modal RM10,000 boleh dapat pulangan RM30,000 ke RM50,000 atau lebih dalam masa setahun, tanpa perlu bekerja keras.

Caranya begini. Beritahu balik kepada orang mengajak anda tu sebegini:

“Bro / Sis, aku memang nak sangat join skin pelaburan / bisnes / MLM yang kau ajak ni. Jadi, apa kata aku pinjam dulu duit kau sebagai modal untuk bisnes / pelaburan ini? Kau tentu dah untung besar. Jadi aku guna duit kau dulu untuk permulaan. Nanti dah dapat untung dan balik modal, aku bayar balik duit kau? Amacam?”

Selalunya meraka akan respon lebih kurang, bermaksud:

“Kau kena guna duit sendiri, barulah kau betul-betul hargai apa yang kau dapat nanti”

Takpa, lepas tu kita balas balik:

“Betul aku setuju. Aku sebagai downline /ahli kau, kau tentu nak aku berjaya kan? Jadi kalau kau bagi pinjam duit tu kepada aku sebagai modal, tentu kau betul-betul hargai aku”.

Amacam? Best tak?

Nak bisnes tanpa modal atau dgn modal rendah? Klik di sini dan join Channel Telegram Bisnes ini. Baca dari pinned message. Tak faham boleh tanya.

Kredit gambar: Tuan Nazry Salam

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
  Maybank. Tahniah umat Islam Malaysia! Tahukah anda bahawa apabila…