fbpx

Tips Mulakan Bisnes Dengan Modal Minimum – JANGAN SEWA PEJABAT

  • 9 years ago
  • 3Minutes
  • 500Words
  • 784Views

Tulisan ini adalah sambungan daripada beberapa tulisan yang lalu dalam siri Tips Memulakan Bisnes Dengan Modal Minimum. Tulisan-tulisan saya sebelum ini adalah;

Entri 1: Latar Belakang Pengalaman
Entri 2: Pengalaman Ngeri Bisnes Modal Lebih RM 1,000.00
Entri 3: Lagi Pengalaman Ngeri Bisnes Modal Lebih RM 1,000.00

Ini adalah siri ke-4 dan mungkin yang terakhir untuk siri tulisan tajuk ini.

Jika sebelum ini saya lebih banyak menumpukan kepada pengalaman-pengalaman ngeri saya, jadi di sini saya ingin berkongsi beberapa tips yang mungkin boleh dijadikan panduan kepada para pembaca.

JANGAN SEWA PEJABAT

Secara umumnya pejabat akan menjadi kos bisnes yang tinggi dan kos ini akan terus berjalan sekalipun bisnes tidak berjalan dengan baik. Maka sekiranya baru memulakan bisnes, elakkan terus menyewa pejabat dan sebaik-baiknya mulakanlah di rumah.

Jika perniagaan tersebut secara on-line, ia adalah lebih mudah. Namun sebenarnya, jika ia dilakukan bukan secara on-line pun, elok dimulakan daripada rumah. Dengan cara ini anda boleh jimatkan beberapa ratus setiap bulan kos sewaan pejabat.

Cuba bayangkan, kos sewa pejabat adalah RM 500 sebulan. Maka, untuk mentewa sebuah pejabat, kita perlukan deposit selalunya 2 + 1. Jadi sebelum bisnes berjalan, kita terpaksa keluarkan kos untuk menyewa pejabat sebanyak RM 1500. Jika kadar sewaan adalah lebih tinggi, maka tentu jumlah ini akan menjadi lebih tinggi lagi.

Saya sendiri pernah melakukan bisnes perkhidmatan cetakan (printing) yang beroperasi daripada rumah. Yang saya perlukan adalah sebuah komputer untuk tujuan artwork dan design.

Oh, mungkin ada yang bertanya bagaimana pelanggan hendak berjumpa dengan kita? Atau ada yang bertanya; bagaiamana sekiranya pelanggan ingin datang ke pejabat kita?

Untuk persoalan ini, terbalikkan sahaja; kita yang datang berjumpa pelanggan!

MULAKAN DI RUMAH

Ya, mulakan di rumah.

Dengan memulakan di rumah, kita dapat mengoptimumkan modal bisnes dan modal pusingan kita seoptimum mungkin.

Sekali lagi diingatkan, kos menyewa pejabat adalah kos yang tetap akan berjalan sekalipun bisnes kita tidak berjalan. Maknanya, sekiranya kita menyewa dan pada bulan berkenaan jualan kita berkurangan, maka kita tetap perlu membayar sewa pejabat itu tadi.

Pengalaman saya di dalam beberapa jenis bisnes, hanya sekali saya menyewa pejabat, ketika menjalankan bisnes letihan dan perundingan di RK Training bersama-sama Sdra Fadzli Yusof, Sdra Amin, dan Sdra Razak.

Sebenarnya bukan menyewa pun, tetapi menumpang pejabat orang lain dengan kadar sewa RM 150 sahaja. Ia adalah untuk tujuan surat-menyurat.

OPTIMUMKAN PERALATAN YANG ADA

Malah kini, saya selaku seorang perunding takaful dan kewangan Islam pun tidak memerlukan untuk saya menyewa pejabat.

Binses ini tidak memerlukan kita untuk menyimpan stok. Pertemuan dengan pelanggan diadakan di tempat pelanggan. Alatan yang diperlukan adalah sebuah laptop dan rak fail untuk melancarkan operasi perniagaan.

Saya masih beroperasi daripada rumah. Sebuah rak diperlukan untuk menyimpan fail dan maklumat pelanggan. Manakala laptop digunakan untuk melancarkan gerak kerja lain seperti membuat quotation, online, menulis emel, dan kemaskini blog.

Selain itu adalah telefon. Ia bagaikan nyawa kepada bisnes ini. Ia juga bagaikan kaki dan tangan untuk bergerak dan menjalankan bisnes.

Secara umunya, kita boleh umumkan segala peralatan di sekeliling kita untuk memulakan bisnes. Jika dilihat kembali peralatan-peralatan yang saya gunakan untuk operasi bisnes – rak, laptop, dan telefon – adalah peralatan peribadi.

Yang penting, ilmu bisnes. Modal nombor 2.

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

22 Comments
  1. Avatar
  2. Avatar
  3. Avatar
  4. Avatar
  5. Avatar

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Kalau boleh saya tidak mahu melakukanya. Memang saya tidak sempat.…