fbpx

Tips Untuk Elak Traffic Jam

  • 8 years ago
  • 3Minutes
  • 397Words
  • 548Views

Tip hari Isnin, no 8 paling ohsem.

Seperti biasa, warga kota akan berhadapan kesesakan lalulintas pergi dan balik.

Hendak berikan cadangan kepada pihak berkuasa supaya dapat mengurangkan kesesakan jalan raya, sudah banyak rasanya.

Lagi pula ia di luar kemampuan kita untuk membuat perubahan.

Tapi sebenarnya ada banyak cara untuk berhadapan sekaligus mengelak dari berhadapan kesesakan jalan raya setiap hari.

Antaranya;

202

1. Pergi kerja naik motosikal.

Walaupun masih berhadapan dengan kesesakan jalan raya, tapi ia akan lebih cepat sampai di tempat kerja berbanding menaiki kereta.

203

2. Menggunakan pengangkutan awam.

Ia dapat mengelakkan diri kita dari memandu di tengah-tengah kesesakan jalan raya.

204     3. Cari kerja yang waktu pejabat di luar waktu utama kesesakan jalan raya.

Kebiasannya, waktu puncak kesesakan jalan raya ialah pada jam 7 pagi hingga 9 pagi, dan jam 5 petang hingga 7 petang. Jadi cari kerja yang waktu pejabatnya membolehkan kita pergi dan balik pejabat di luar waktu puncak.

205

4. Cari rumah dekat dengan tempat kerja.

Ia lebih praktikal. Mungkin kos kediaman yang dekat dengan tempat kerja lebih mahal berbanding kediaman yang jauh dari tempat kerja. Tapi sedar tak sedar, kos pengangkutan pergi dan balik kerja lebih tinggi apabila rumah berada jauh daripada tempat kerja. Jadi kos itulah yang digunakan untuk memilih tempat tinggal yang berdekatan dengan pejabat. Campur tolak, kos tinggal berdekatan dengan pejabat, tidak banyak beza dengan kos pengangkutan apabila rumah jauh daripada pejabat.

206

5. Cari kerja di lokasi yang dekat dengan kediaman.

Ia hampir sama dengan tip sebelum ini, tapi agak berbeza sedikit. Jika cari kediaman berdekatan dengan pejabat – kita sudah ada kerja baru cari rumah, manakala cari kerja berdekatan dengan kediaman pula adalah sebaliknya – kita sudah ada rumah, baru cari kerja.

207

6. Cari majikan yang membenarkan pekerja bekerja dari rumah.

Sudah ada beberapa agensi kerajaan dan swasta yang memulakan polisi sebegini. Ia satu polisi yang bagus untuk memberi peluang pekerja bekerja dengan lebih produktif. Cuba cari, mungkin ada rezeki anda di situ.

208

7. Kerja dari rumah. 

Haaa… Ini lebih sempoi. Tidak perlu fikir tentang cari tempat kerja yang dekat dengan rumah atau cari rumah yang dekat dengan tempat kerja atau cari majikan yang membenarkan pekerja bekerja dari rumah. Kerja sahaja daripada rumah. Sudah tentu ia bekerja sendiri atau bisnes.

209

8. Tak perlu bekerja.

Ia lebih sempoi. Kumpul aset, dan apabila aset itu mampu menjana pendapatan pasif bersamaan perbelanjaan bulanan, boleh berhenti kerja. Aset tersebut mungkin hartanah, saham, unit amanah dan lain-lain. Di peringkat ini, anda sudah mencapai tahap kebebasan kewangan.

Selamat mencuba-cuba.

 

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
12 perkara penting yang perlu anda baca dan fahami pada…