fbpx

Topik forex dalam diskusi Borak & MembaWang bukan untuk mengubah pendirian forex trader tegar

  • 2 years ago
  • 2Minutes
  • 268Words
  • 268Views

Terima kasih kepada semua yg menonton program live Borak & MembaWang malam tadi, “Forex trading haram? Kenapa saya masih jalankan bisnes forex trading online”, bersama Tuan Mat Duan Takdok, sorang forex trader yang aktif.

Memang daripada awal program saya dah tahu program ini takkan mengubah pendirian forex trader dan takkan juga mengubah pandangan yang menolak forex.

Objektif program ini jelas, untuk mendengar sendiri daripada mulut forex trader kenapa mereka masih menjalankan forex trading sekalipun fatwa mengatakan haram.

Juga peluang utk para penonton bertanyakan soalan secara live.

Akhirnya sekali, penonton boleh menilai sendiri hujah-hujah yang diutarakan.

Alhamdulillah, objektif ini tercapai.

Asalnya nak jemput beberapa forex trader yang selalu singgah di FB saya seperti Anugerah Iskandar, Chid, Syahidun Jahaya dan lain-lain.

Tapi tak ada seorang pun sanggup dan berani terima. Ada yang pertikai, kenapa saya hanya moderator. Ada yang nak saya jadi panel.

Suka saya jelaskan bahawa program #BorakMembaWang dibuat dengan format sebegitu rupa. Inilah niche program ini. Namun, jika ada yang ingin anjurkan sesi debat, saya bersedia.

Berani saya katakan, jika dibuat sesi debat pun, saya yakin perkara sama akan berlaku.

Panel debat dan penonton tak mengubah pendirian asal. Akhir sekali, publik menilai hujah yabg diutarakan.

Sebelum ini saya dah buat pun topik forex, “Kenapa forex trading haram dan bolehkah ia jadi patuh syariah?” bersama Tn Dr Hj Razli.

Tonton rakaman di FB saya.

InsyaAllah minggu depan akan bersiaran lagi dgn seorang bekas trader dgn topik

FOREX Trading HALAL? Kenapa Saya Berhijrah Tinggalkan Forex? Tonton video penuh di bawah

Teka, siapa panel kali ini?

Cekidaud!

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Rumah sudah siap, tapi pahat masih berbunyi. Sejak sebelum program…