fbpx

Transfer Akaun Tabung Haji Guna Jompay

  • 3 years ago
  • 2Minutes
  • 236Words
  • 478Views

Alhamdulillah, sungguh mudah transfer ke akaun Tabung Haji guna kemudahan Jom Pay.

Kalau selama ini, saya perlu transfer dari akaun syarikat ke akaun personal.

Kemudian baru boleh transfer ke akaun Tabung Haji.

Jadi, dengan kemudahan Jom Pay, boleh terus transfer daripada akaun kompeni ke akaun Tabung Haji.

 

Berita baik pendeposit TH

Ia berita baik untuk pendeposit TH

Para pendeposit TH kini boleh membuat urusan pemindahan dana secara dalam talian ke dalam akaun simpanan TH pada bila-bila masa di mana-mana sahaja, melalui JomPAY!

Biller Code – 60228

Biller Name – Tabung Haji – Deposit

Ref-1 – Nombor Akaun TH (15 digit)

Yang lagi best, tiada kos transfer.

 

Tiada Limit

Satu lagi, biasanya kalau dari transfer biasa dari akuan personal, ada limit harian. Tadi saya transfer melebihi limit, nampaknya berjaya!

Proses transfer mengambil masa sehari. Tunggu esok untuk sahkan sama ada ia betul-betul berjaya atau bagaimana.

(UPDATE: Alhamdulillah, berjaya transfer. Ia tak dikenakan sebatang kos dan juga tiada limit maksima jumlah wang)

Layari di sini untuk makluman lanjut.

#tabunghaji #JomPAY

Topik SIMPANAN ada dalam modul kewangan di Buku Bijak Merancang Wang #BukuBMW

Tabung Haji dicadangkan sebagai instrumen untuk simpanan untuk tujuan kecemasan kerana ia memenuhi ciri simpanan iaitu

  1. Mudah cair
  2. Tiada sebarang kos
  3. Tiada sebarang risiko.

Tambahan lagi ciri yang ada pada TH tapi jarang ada pada instrumen simpanan lain:

  1. Sudah dizakatkan

 

 

Baca lagi dalam Buku Bijak Merancang Wang dengan klik BukuBMW

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Bab 1 - China Bab 2 - Kyrgyzstan   "Saya…