fbpx

Travelog 3 Kembara: Intro

  • 4 months ago
  • 2Minutes
  • 319Words
  • 290Views

#Travelog3Kembara

Ketika menerima keputusan rasmi kelayakan utk mengikuti Konvensyen Luar Negara Takaful IKHLAS 2015/2016, saya tidak terlalu teruja seperti ketika mula-mula menerima keputusan sama kira-kira 5-6 tahun lalu.

Kali pertama saya mendapat hadiah memenangi tiket penerbangan antrabangsa utk nengikuti Konvensyen Luar Negara Takaful IKHLAS ialah pada tahun kewangan 2011/2012 utk ke Spanyol.

Selepas itu setiap tahun saya mengikutinya; ke Vietnam, Bosnia, Turki, Thailand, China dan India. Jika mendapat hadiah sama dari kompeni lain; Osaka dan Taiwan.

Jika tahun-tahun pertama mengikuti kembara antrabangsa seperti ini persediaan hampir sebulan dilakukan dek keterujaan utk ke negara orang, utk konvensyen kali ini saya tidaklah terlalu teruja sangat dan persiapan pun hanya sehari dua.

Utk kali ini, Konvensyen Luar Negara yg saya layak adalah Umrah dan ziarah Turki yg kemudiannya ditukar kepada Umrah dan ziarah Jordan.

Tapi, seminggu sebelum tarikh penerbangan saya menerima itenary perjalanan kali ini, rupa-rupanya ada penambahan iaitu Umrah dan ziarah Jordan dan Palestin!

Seminggu sebelum penerbangan, perasaan teruja seperti mula-mula saya mengikuti konvensyen kali pertama ke Spanyol dahulu.

Cuma kali ini yg menjadikan saya begitu teruja adalah kerana lokasi kai ini ialah negara Palestin!

Jadi, kembara kali ini bukan sahaja akan menjejak ke 3 Negara; Jordan, Palestin dan Arab Saudi, malah turut ditakdirkan Allah utk ke 3 masjid suci umat Islam; Masjidil Aqsa di Palestin, Masjid Nabawi di Madinah dan Masjid Haram di Makkah.

Dan ada bonus daripada pihak agensi travel @AZ Safir yg dipimpin oleh Ustaz Syed Abdul Aziz Edruce utk menziarahi Kota Thaif, negeri ketiga umat Islam selepas Madinah dan Mekkah.

Maknanya, kembara kali ini bukan sekadar menziarahi 3 masjid suci, kembara 3 negara malah juga melawat 3 negeri umat Islam pertama.

AllahuAkbar!

Baca juga artikel bekaitan

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Ikuti catatan, gambar dan video lain di #Travelog3Kembara Catatan seterusnya,…