fbpx

Travelog 3 Kembara: Masjid Utama Al-Aqsa

  • 4 months ago
  • 2Minutes
  • 294Words
  • 407Views

Masjid utama Masjidil-Aqsa. Kubahnya berwarna hijau.

Ini lokasi solat-solat 5 waktu dijalankan sejak zaman Khalifah Al-Walid ibn Al-Malik, anak kepada khalifah Malik bin Marwan.

Ia dibina untuk menggantikan masjid lama Al-Aqsa. Kedudukannya sehala dengan Dome Of Rock. Asalnya ia kawasan itu ialah kawasan rendah.

Apabila ia dibina, kawasannya ditinggikan supaya ia sehala dan separas dengan Dome Of Rock yang kedudukan asal lebih tinggi di kawasan perbukitan. Lalu masjid asal menjadi kawasan bawah tanah.

Kawasan luar masjid utama Al-Aqsa.
Yang berbentuk bulat itu ialah tempat mengambil wudhuk.

Old Mosque Al-Aqsa.

Inilah lokasi asal Masjid Al-Aqsa yang dibuka oleh Khalifah Umar Al-Khattab. Asalnya sebuah masjid kayu dan sekarang ia berada di kawasan bawah tanah apabila Masjid Utama Al-Aqsa dibina pada zaman Malik Ibn Marwan.

Ia sekarang berada di sebelah kanan masjid utama.

Masjid Buraq.

Ia berada berdekatan dengan Masjid Lama Al-Aqsa. Pun berada dalam kawasan bawah tanah sekarang, apabila masjid utama dibina.

Ia dikatakan lokasi Buraq yang dinaiki Rasulullah berhenti apabila tiba di Al-Aqsa dalam peristiwa Isra’.

Masjid Al-Marwani.

Jika Masjid Buraq dan Masjid Lama Al-Aqsa berada di sebelah kanan Masjid, Masjid Al-Marwani pula berada di kedudukan sebelah kiri masjid

Ia dibina pada zaman Malik bin Marwan, berdekatan dengan Maqam Nabi Sulaiman.

Di sini juga terdapat Maqam Maryam, lokasi yang dipercayai Saidatina Maryam beruzlah sebelum melahirkan Nabi Allah Isa alaihissalam.

Negara haram Zionis Israel menuntut sebahagian daripada kawasan ini kerana katanya ia kawasan suci agama mereka, tapi gagal kerana dipertahankan oleh umat Islam Palestin.

#Travelog3Kembara

Baca juga artikel bekaitan

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
DI MANA AL-AQSA (2) Ini sambungan dalam posting sebelum ini…