fbpx

#Travelog3Kembara – Menaiki Bas Dari Sempadan Jeruselam, Palestin

  • 5 years ago
  • 2Minutes
  • 287Words
  • 283Views

 

Video ini dirakam pada Januari / Februari 2017, ketika menaiki bas dari sempadan Jeruselam, Palestin yang dikuasai oleh Israel sebelum keluar sempadan masuk ke Jordan.

Ia dirakam secara curi.

Askar Israel, yang lengkap dengan senapang dan baju kali peluru – naik ke dalam bas dan semak seorang demi seorang pasport kami.

Ini pertama kali saya kongsi, selepas 2 tahun lebih disimpan.

Catatan-catatan perjalanan trip ini saya pernah kumpul di Album Travelog 3 Kembara dengan hashtag #Travelog3Kembara

Sepanjang kembara ini, saya melihat hampir di setiap inci bumi palestin dikawal oleh askar-askar Israel sebegini.

Malah di setiap pintu-pintu masuk masjid termasuk Masjidil Aqsa pun dikawal sebegitu rupa.

Adakah ini keamanan? Tidak sama sekali. Israel tidak cintakan keamanan.

Banyak kali saya mengikuti kembara luar negara, ini pertama kali berhadapan kawalan sebegitu ketat di pintu sempadan.

Masa nak masuk, berjam-jam di imigresen. Nak keluar pun begitu. Walhal kumpulan kami sekitar 51+ orang sahaja.

Dekat imegresen cek pasport. Keluar imegresen cek pasport. Naik bas cek lagi pasport!

Cek pula oleh anggota tentera yang lengkap bersenjata. Berbeza di kawasan imegresen negara lain. Negara lain pun ada cek pasport, tapi tak ada sampai sebegini rupa.

Dari awal lagi, kami dipesan supaya tidak merekam gambar atau video. Jika tidak, kamera akan dirampas.

Masa masuk ke bumi Palestin, saya boleh tahan lagi, tapi masa nak keluar ni saya dah tak boleh nak tahan dah dari merakam detik-detik itu.

Memang takut-takut juga sebenarnya masa ni. Terfikir juga masa tu “Kalaulah kantoi…”.

Harap-harap askar Israel tersebut tak baca status ini. Hoho!

Ada lagi gambar-gambar rare saya rakam. Siapa nak tengok?

Afyan Mat Rawi
Follow dan klik see first untuk lagi posting menarik.

P/S: Soalan cepu mas: Apa agaknya berlaku kalau kantoi masa tu?

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Jika saya diberi peluang untuk membuat skrip iklan raya TNB,…