fbpx

Trip ke Bosnia 2012

  • 4 years ago
  • 4Minutes
  • 758Words
  • 308Views

Pagi ini memori FB menggamit kenangan kali kedua saya mengikuti trip luar negara secara percuma sebagai ganjaran kerjaya dalam bidang perkhidmatan kewangan, tahun 2012 ke Bosnia.

Gambar 98 kg yang lalu 😁 Balik dari Bosnia, berat turun mendadak sebab hari-hari makan kobis.
Zaman ni tak ada lagi lagi kamera selfie. Pakai Blackberry, guna kamera belakang. Selepas beberapa kali cubaan baru dapat gambar kacak ini 🤣
Makanan ruji sepanjang di Bosnia, roti dan kobis. Sarapan kobis dsn roti, makan tengah hari kobis masak sup, makan malam kobis kari. Balik terus muka macam kobis. Hahahah
Lagi hadiah Serbia untuk rakyat Bosnia yang ditinggalkan.
Bercukurlah….Teka, siapa dapat jawab?

 

Setahun sebelum itu, ke Sepanyol.

Sebelum ke Bosnia dan Sepanyol itu, tak pernah saya naik kapal terbang ke luar negara. Sebelum itu, paling jauh pun seberang Sungai Golok. Hihi….

Saya terlibat dalam bidang ini tahun 2003, tapi tak fokus sebab terjebak secara tidak sengaja. Malah tidak bersedia dan tidak percaya. Waktu itu, konsep takaful saya tak percaya sangat.

Sehinggalah tahun 2009 saya buat secara serius, 6 tahun selepas menjadi ejen takaful apabila melihat sendiri seorang sahabat senior UIAM meninggal dunia akibat kanser.

Yang menjadikan saya sangat ralat, sahabat tersebut pernah saya ajak menyertai takaful tapi menolak, ketika awal-awal saya menjadi ejen takaful.

Kejadian di hadapan mata menyaksikan sahabat saya meninggalkan balu dan anak-anak yang masih kecil menjadi turning-point perubahan tanggapan saya terhadap bisnes takaful. Saya berazam untuk tidak lagi menyaksikan peristiwa sama terhadap orang-orang rapat di keliling saya.

Selepas itu saya nekad untuk fokus dalam bisnes ini dan sangat bersyukur ia mendapat sokongan daripada rakan-rakan lama.

Majoriti klien saya adalah rakan-rakan saya. Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang menyokong.

Alhamdulillah, selepas 2 tahun menjalankan bisnes ini secara fulltime, saya menerima hadiah daripada Takaful IKHLAS untuk mengikuti Konvensyen Luar Negara ke Sepanyol, seterusnya ke Bosnia.

Boleh baca catatan-catatan hari pertama saya berada di negara Balkan yang penah terluka dengan perang saudara Bosnia – Serbia suatu ketika dahulu.

 

Kenangan Manis

Antara “kenangan” manis yang saya tak lupakan sepanjang di sana ialah, beg pakaian saya dan beberapa rakan lain tertinggal di lapangan terbang Turki ketika transit di situ.

Gambar bukti beg pakaian tertinggal di lapangan terbang ketika transit di Turki. Kelihatan dalam gambar, Tn Mutalib Haji Abdul Rahman 😁

Akibatnya, 3 hari saya pakai baju yang sama. Huhu… Nanti jika esok saya kongsikan gambar-gambar lain yang keluar di memori FB, semuanya mengenakan pakaian yang sama.

Antara kenangan lain, pada hari pertama saya di sana, saya telah ditinggalkan oleh bas rombongan. Maklumlah, pada waktu itu saya tidak kenali sangat oleh ahli rombongan lain dan saya satu-satunya ejen dari ejensi saya yang sertai rombongan tersebut. Jadi, apabila bas bergerak dari lapangan terbang menuju ke hotel, tiada seorang pun menyedari ketiadaan saya.

Itu catatan hari pertama di sana, dah tinggalkan banyak kenangan manis. Catatan lain, boleh lihat caption di setiap screnshoot catatan lama.

Waktu tu, kalau dapat 10 like pada posting dah kira heaven. Hahahah..

Saya pun ingat-ingat lupa rakan-rakan serombongan ketika itu. Yang saya ingat ialah Puan Zuraidah Hanim dan suaminya Tuan Hj Samsul Bardari Abdullah.

Kenapa saya ingat, sebab kali pertama Pn Zuraidah panggil nama saya ketika dalam bas selepas tertinggal di lapangan terbang, dengan panggilan “Asiah”. Maklumlah, masa tu budak baru nak up 😂 Orang tak ingat nama saya ni.

Saya ingat-ingat lupa siapa lagi yang sertai rombongan ketika itu. Saya tag beberapa nama sahabat-sahabat yang saya ingat

Tn Newton Syahrullah dan isterinya Pn Latifah Abdul Rahman
Tuan Nasir Senin – ifp
Pn Dinie Ahmad
Tuan Ahmad Faizal
Bro Azahar Takaful Ikhlas
Tuan Md Noor Bidin
Puan Faridah Wahab
Puan Noor Suhailah
Puan Shim HA

Siapa lagi ya? Betul dah kan yang semua saya tag ni? 😂 Kalau salah tag sorry ya 😁

Juga tak lupa kepads guru pertama saya dalam bidang takaful, Tn Hj Isa Sabitan yang banyak membimbing saya sehingga capai ke tahap ini.

Selepas itu, tiap-tiap tahun saya menyertai trip luar negara secara percuma dalam bidang ini melalui beberapa syarikat seperti ke Turki, Russia, Kazakhstan, Netherland, Belgium, India, China, Vietnam, Osaka, Taiwan, Thailand, Jordan, Korea, Palestin malah menunaikan Umrah. Tahun ini sepatunya ke Urmah, Indonesia dan Jepun sekali lagi, tapi ditangguhkan disebabkan krisis Covid-19.

Satu negara yang saya nak pergi tapi masih gagal menembusi sempadan, Wakanda

Ada sesiapa berminat utk menyertai saya di INFAQ Consultancy dan berpeluang ke luar negara sebegini?

Isi borang di sini.

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Dipetik dari FB Razzaaq Ajaq "Aku nak kau beli rumah…