fbpx

Trivia Kewangan

  • 4 years ago
  • 2Minutes
  • 223Words
  • 369Views

1. 60% kekayaan dunia dikuasai oleh hanya 2,153 orang billionair. Maknanya, 60% kekayaan dunia dikuasai oleh 0.00003% manusia paling kaya.

2. Penambahan peratus kekayaan golongan elit ini meningkat dua kali ganda dalam masa sedekad.

3. Jurang kemiskinan ini sukar dikurangkan tanpa perbincangan khusus dalam krisis dasar ketidaksamaan serta kurang sokongan daripada negara-negara lain.

4. Krisis ketidaksamaan ini menyebabkan golongan elit mengumpul kekayaan daripada perbelanjaan orang awam terutamanya golongan wanita.

5. Kekayaan 22 orang billionair melebihi pendapatan seluruh wanita di Afrika.

6. Wanita surirumah melakukan kerja-kerja rumah dan penjagaan anak serta orang tua sebanyak 12.5 billion jam tanpa bayaran setiap hari membawa kepada hampir $10.8 trillion setahun iaitu 3 kali ganda daripada jumlah industri teknologi dunia.

7. Sekiranya 1% daripada billionair membayar lebih 0.5% tambahan cukai selama 10 tahun, jumlah tersebut bersamaan dengan jumlah wang yang diperlukan untuk pelaburan mewujudkan peluang pekerjaan untuk 117 juta dalam sektor warga emas, kanak-kanak, pendidikan dan kesihatan.

8. 42% golongan wanita adalah surirumah tangga dan tiada pendapatan berbanding hanya 6% golongan lelaki yang tiada pendapatan menyebabkan wanita terperangkap di bahagian terbawah dalam ekonomi dunia.

9. Dijangka pertumbuhan penduduk dunia akan berkembang serta perubahan iklim yang akan berlaku menambahkan lagi jurang kemiskinan.

10. Kegagalan kerajaan mengutip cukai daripada orang-orang kaya dan syarikat-syarikat menyebabkan kurangnya dana untuk membina fasiliti dan infrastuktur yang lebih baik kepada orang awam..

Sumber: Laporan dari Oxfam dalam World Economic Forum pada 20 Januari 2020 di Davos, Switzerland.

Afyan Mat Rawi, IFP
INFAQ Consultancy

 

Sumber dari FB Afyan MAt Rawi,IFP

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Apa itu Private Mandate Account (Pelaburan Mandat) ? Pelaburan Alternatif…