fbpx

Tuntutan Kematian / Pusaka Unit ASNB

  • 2 years ago
  • 2Minutes
  • 261Words
  • 503Views

Dipetik dari FB Ahmad Mustapha

Saya selalu dengar yang bertanyakan soalan kenapa arwah suami duit di ASNB tidak memerlukan surat kuasa mentadbir (SKM) untuk dicairkan dan ASNB bayar kepada saya (pasangan).

Kenapa duit arwah ayah saya, pihak ASNB memerlukan Surat Kuasa Mentadbir bagi membayar unit /duit peninggalan arwah di ASNB ?

Persoalan saya :-

Adakah anda sedia maklum bahawa pasangan/anak/ibu bapa/ adik beradik /datuk/ nenek boleh buat tuntutan kematian tanpa Surat Kuasa Mentadbir jika simati meninggalkan duit ASNB di BAWAH jumlah keseluruhan unit RM10,000 ?

Untuk makluman duit ASNB bawah RM10,000 kebawah akan dibayar kepada mereka(pemohon tuntutan) tanpa SKM.

Atau lebih mudah, pihak ASNB akan membayar unit pelaburan simati tanpa meminta mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir (SKM).

INGAT: Penerima ( duit ) hanya lah sebagai pentadbir / pemegang amanah sahaja. Penerima perlu menjalankan tugasan seperti pentadbir apabila menerima duit tersebut.

Duit itu bukan hak sepenuhnya penerima punya.

Tapi bagaimana pula jika simati mempunyai keseluruhan unit MELEBIHI RM10,000.
Jika simati mempunyai keseluruhan unit lebih daripada RM10,000 maka waris perlu mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir salah satu daripasa tiga tempat mengikut keseluruhan nilaian aset simati dan jenis aset simati iaitu:-

(1) Amanah Raya Berhad atau
(2) Pejabat Pembahagian Pusaka Kecil atau
(3) Mahkamah Tinggi Malaya.

Sediakan dokumen yang diperlukan bagi tuntutan kematian seperti apa yang tertera di lampiran gambar dibawah .

Jika perkongsian ini bermanfaat mohon kongsikan kepada sahabat sahabat kita yang lain supaya semua dapat mengambil cakna dan tindakan jika berlaku kematian kepada ahli waris atau ahli keluarga.
.
Ahmad Mustapha
Cakna Pusaka
INFAQ Consultancy
#TuntutanASNB
#TuntutanKematian
#TuntutanPusaka

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Cara melabur Kripto. 1. Install Luno2. Deposit modal3. Beli Kripto4.…