fbpx

Ulasan – Asnaf Yang Malas

  • 5 years ago
  • 2Minutes
  • 364Words
  • 349Views

 

Assalamualaikum Tuan.

Saya nak ulas sedikit mengenai kes ASNAF YANG MALAS tuan,tapi mohon rahsiakan identiti saya.

Saya pernah bekerja sebagai PSH di Baitulmal MAIWP. Karenah birokrasi ke apa, saya taknak ulas. Tapi mengenai asnaf ni, memang ramai yang banyak ragam.

Saya akui, miskin bandar terlalu ramai. Tapi sayang, ada yang banyak duit tapi mengaku tak ada duit juga ramai. Atas alasan, “aku ada hak duit tu” atau “orang lain dapat, takkan aku tak ambik”.

Sedangkan yang benar-benar berhak tak dapat dibantu. Jadi bila kami, kumpulan yang diarahkan untuk membantu unit siasatan bergerak untuk cari dan siasat asnaf, agak sedikit tegas dalam pelaksanaan. Ada asnaf yang terus lapor pada pegawai atasan, ada yang datang marah-marah. Dan akhirnya kami ini dikatakan “orang baitulmal makan duit zakat”.

Pernah jadi depan mata kami, ketika bantuan makanan kering diberikan di pejabat baitulmal, ada yang datang naik kereta mahal, duduk depan bangunan sambil merokok, ada yang tak sabar menunggu giliran. Bila dapat je beras, dia campak beras tu depan tangga. Atas alasan, “baitulmal lembab”. Sedihnya tengok plastik beras tu pecah. Walaupun kami yang serahkan, kami sendiri masih lagi tersangkut gaji dekat 2 bulan sebab kami bukan staff tetap. Sedih sangat tengok orang buang je makanan tu.

Ada satu kes, kami ke lapangan. Bila semak alamat,tuan rumah sedang renovate besarkan rumah. Beliau beli rumah sebelah dan jadikan 2 rumah kepada sebuah. Sedangkan itu kawasan PPRT! Bila kami perkenalkan diri, belum sempat habiskan ayat, beliau ternampak tag nama kami,terus ditutup pintu rumah. Katanya itu bukan rumah dia. Sedangkan terang-terang kami ada semua maklumat diri beliau.

Banyak lagi cerita.
Walaupun dah lama berlalu, Setiap kali lalu pprt sekitar, saya akan terkenang-kenang cerita setiap satu asnaf penghuni bangunan tersebut.

Ada yang nak makan kena catu, ada yang anak dah mengengsot untuk bergerak, ada yang anak tanggung semua tapi masih nak jugak duit zakat,ada yang kena minum susu mahal sebab penyakit tapi tak mampu,ada kes kami kena kejar dengan penagih lah sebab kawasan pangsapuri tu gelap. Ngeri!

Disebabkan pengalaman ini, saya kerap ikut mak buat acara santuni asnaf secara berkala setiap bulan. Dan setiap kali acara, saya tetap akan jumpa golongan ASNAF YANG MALAS ini.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
  Asalnya saya ada perancangan lain minggu ini. Tapi atas…